Friday, September 18, 2009

CALUN BAGAN PINANG

Umno Bahagian Teluk Kemang hanya hantar nama Isa Samad sahaja sebagai calun BN di Dun Bagan Pinang. Pening Mahyuddin, takut Isa kembali semula ke persada politik.

Pas menghantar 3 nama. Semacam ada nama lain yang tak dihantar oleh Pas Kawasan. Mungkin Pas Kawasan tak mau nama tersebut atau cukuplah sekadar nama Ustaz Kassim dan nama YDPnya sahaja yang dicadangkan.

Mencari calun yang berkelayakan dalam PRK adalah satu yang memerlukan penilaian dari pelbagai sudut mengikut matlamat kita bertanding.

Jika nak popularkan nama Pas - Pas sudah popular.

Jika nak perjuangkan isu kelemahan kerajaan negeri - kita memerlukan tokoh pembongkar kelemahan pentadbiran BN NS.

Jika nak perjuangan isu sekitar Bagan Pinang - cukuplah sekadar anak Teluk Kemang sahaja.

Jika nak tonjolkan Pas ada tokoh politik yang profesional atau ulamak - kena cari tokoh yang betul-betul profesional atau ulamak.

Jika nak raih undi pos, calun bekas tentera boleh menarik undi lebih.

Yang tak kurang penting, calunnya akan memberi inspirasi dan motivasi kepada petugas akar umbi. Jika calun tak dapat sokongan semua pihak - payahlah kerja nak berjalan lancar.

Alahai, orang bawah boleh cakap aja. Presiden sahaja yang akan memutuskannya. Ikut dialah...





Thursday, September 17, 2009

ANAKANDA HJ ROSLI IDRIS MENINGGAL

Anak ketiga Tuan Hj Rosli Idris, Ketua Penerangan Pas Tampin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya petang semalam.

Jenazah Khairi bin Hj Rosli akan disolatkan pada jam 10 pagi ini di Masjid Tampin.

Kepada Hj Rosli kita ucapkan takziah dan mohon agar Alllah perkuatkan jiwanya dalam menerima takdir ini. Moga anaknya dicucuri rahmat Allah swt jua.

Wednesday, September 16, 2009

BAGAN PINANG: ISUNYA APA

Politik, isu dan pilihan raya berkait rapat. Macam-macam teori dalam gerak kerja pilihan raya. Bila kalah macam-macam analisa. Bila menang pun macam-macam analisa juga.

Tak ada satu faktor mutlak untuk memenangi hati manusia. Semua faktor kena diambil kira.

Baca di sini lagi.

CAF - consider all factor - ambil kira semua faktor. Jangan taksub satu pendapat.

ALAHAI BILA PRK..

Bagus juga ada PRK di Bagan Pinang ini. Baru kita tahu macam-macam cerita. Kalau tidak asyik cerita pantai yang indah sahaja.

Cerita projek rumah terbengkalai, perkhidmatan bas yang lemah, tentera yang tak terbela dan nasib sang miskin.

Dalam riuh pembangunan, masih banyak isu dasar yang belum diurus lagi. Ianya bukan cabaran kepada BN sahaja tetapi juga kepada PR yang akan mengambil alih kuasa negara.

Tuesday, September 15, 2009

FAKTOR PENENTU BAGAN PINANG

Dalam PRK Kuala Terengganu lalu, dengan undi pos sebanyak 1000 undi pun sudah merisaukan jentera pilihan raya PAS.

Tetapi diDun Bagan Pinang yang ada hampir 5,000 undi pos, jentera Pas nampak begitu optimistik sekali. Maajun apa yang dah dibekalkan kepada jentera Pas agaknya ya. Ha ha.

Jika Pas boleh kekalkan undi pos seperti dalam PRU lalu pun sudah dikira terlalu hebat.

Apakah Zaid Hamidi akan mendiamkan diri setelah malu di Permatang Pasir.

Atau SPR bersedia merombak cara pengundian pos dengan lebih telus lagi.

Dan adakah anggota tentera akan berani bersama arus politik negara membuat perubahan?

Tunggu 11 Oktober 2009.

Monday, September 14, 2009

SHAZIMAN TENGAH AMPU NAJIB

Yang bergaduh bakal melepas. Mat Hasan dan Isa tak merasa jawatan MB pada PRU akan datang.

Yang bakal merasa Shaziman.

Khairy entah ada entah tidak lagi dalam politik.

Politik Umno Tampin akan berombak - merebut kerusi DUN.

Ramainya alumni MB NS - Rais, Isa dan Mat Hasan

Saturday, September 12, 2009

MENCARI 40% UNDI MELAYU

PR mampu mengambil alih pemerintahan BN di Negeri Sembilan.

Formulanya mudah tetapi usahanya mencabar iaitu hanya dapatkan sokongan pengundi Melayu 40%.

Pengundi Cina dan India begitu konsisten menyokong PR sejak 7 PRK lalu. Hanya pengundi Melayu sahaja masih setia dengan Umno.

Yang kita perlu yakinkan ialah orang Melayu kena mengundi Pas jika mahu Islam Melayu menjadi peneraju kerajaan baru Malaysia pada PRK 13 nanti. Umno bukan pilihan lagi kerana barah dalam dirinya terlalu parah...

Bagan Pinang sebagai langkah mula. Masalahnya ialah undi pos.

Friday, September 11, 2009

TIADA MUKA LAIN SELAIN ISA KE?

Oleh Adly Zahari - TPJ Pas Melaka

  • PAS tak ada masalah letak calon di Bagan Pinang.
  • Brig.Jen. bersara pun ada yang sokong PAS di Negeri Sembilan.
  • PAS punya banyak pilihan. PJ Layak, YDP Layak, aktivis parti pun layak.
  • UMNO yang tak ada pilihan.
  • UMNO bahagian Telok Kemang hanya calonkan satu nama, Tan Sri Isa Samad.
  • Bagi saya beliau adalah calon terbaik UMNO.
  • Dalam UMNO susah cari orang yang berjasa kepada rakyat.
  • TS Isa Samad mungkin dilihat orang yang paling berjasa di Negeri Sembilan.
  • Mohamad Hassan yang baru dua penggal jadi MB pun tak nampak berjasa dan berpengaruh lagi.
  • Teluk Kemang adalah kawasan autonomi TS Isa Samad. Kalau UMNO pilih selain Isa Samad, maka UMNO macam kuburkan UMNO Teluk Kemang.
  • Tan Sri Isa biasa guna bahasa mudah, bahasa orang kampung. Mungkin kerana itu beliau dekat dengan rakyat.
  • Muhyiddin yang paling pening. Beliau minta 3 nama tapi UMNO Teluk Kemang hantar satu nama sahaja.
  • Mohamad Hasan tak mau campur. Beliau janji, apa yang dicadangkan bahagian itu yang diangkat ke Pusat.
  • Najib tak pening, sebab beliau tahu formula jinakkan TS Isa. Ada satu jawatan yang dari dulu dipohon TS Isa yang Najib tidak tunaikan.
  • Dalam UMNO kebanyakan calon buruk, TS Isa yang paling baik dikalangan yang buruk.
  • Hanya Veteran UMNO yang mungkin boleh kalahkan PAS. Yang muda-muda semua "kong ka li kong".
  • Bagan Pinang adalah "Tawar Menawar" antara Isa dan Najib.
  • TS Isa pasti akan tersenyum, walaupun tidak dapat menjadi calon, sekiranya Najib tunaikan permintaan beliau.
  • Inilah mainan politik UMNO. Bukan rakyat yang difikirkan tapi kuasa dan pengaruh.
  • Cuma yang menarik, apa akan jadi kalau TS Isa tak dapat jadi calon dan tawar menawar beliau tak ditunaikan Najib.
  • Mungkinkah TS Isa mengamuk.
  • Peluang PAS, memang sukar tapi tiada yang mustahil. Bila tiba masanya, undi pos ke atau undi tak pos ke, kalau rakyat dah benci UMNO, tunggulah ajalnya.

Thursday, September 10, 2009

MISI PRK BAGAN PINANG

Apa matlamat Pas bertanding di PRK Bagan Pinang kali ini?

Dengan undi pos sebanyak 5,000 undi - logiknya bukan mudah boleh menang.

Maka misi Pas menyertai PRK ini ialah:

  • Nak tau berapa peratus kenaikan atau penurunan sokongan pengundi biasa terhadap PR dan BN.
  • Sebagai medan kempen menghapuskan undi pos atau menggerakan kesedaran anggota keselamatan supaya berani membuat perubahan politik di negara ini.

Wednesday, September 9, 2009

JIKA ANAK ISA SAMAD

Hai, jika benar anak Isa Samad bakal mewakili BN di Bagan Pinang - dinasti Samad berkuasa di Port Dickson nampaknya. Dari datuk hingga ke cucu jadi Adun di sini.

Lepas Samad, Isa

Lepas Isa, Najib.

Ha ha ha.

Tapi janganlah kutuk sangat isu ini - ramai juga tokoh PR macam tu juga. Ha ha ha. Tekalah...

Tuesday, September 8, 2009

BANGKITLAH PEMUDA PAS SEREMBAN

Isu politik cukup banyak selepas PRU 12 yang memerlukan perhatian rakyat. Audien politik yang ramai ialah di bandar. Dalam kontek Pas, Pas Kawasan Seremban merupakan pencetus utama kepada kebangkitan kesedaran politik di negeri ini.

Program di bandar sentiasa menarik perhatian kawasan sekeliling dan kesannya akan melimpah sehingga ke pelusuk negara. Malangnya Pas Kawasan Seremban terbeku lebih 5 tahun. Maka tiada program rangsangan politik yang berkesan. Inilah yang amat dikesalkan, walaupun ada orang tak gembira perkara ini diingatkan selalu. Dan ada pula pak turutnya.

Dalam keadaan Pas Kawasan Seremban terbeku, peranannya sepatutnya diambil alih oleh Dewan Pemuda Pas Seremban. Apakah ini berlaku?

Bangkitlah Pemuda Pas Seremban.

PAS UMNO DI BULAN RAMADAN

Apa beza Pas dengan Umno pada bulan Ramadan?

Pas mengajak anggotanya memakmorkan Ramadan - solat tarawih berjemaah, majlis tadarus, iktikaf, ceramah nuzul quran dan badr, sumbangan fakir miskin - dengan menggunakan jentera sendiri.

Umno - jika buat program yang macam Pas buat tu - akan menggunakan jentera kerajaan. Jika tak ada Jabatan Penerangan, Kemas, dan Jabatan Agama - alamat tak jadilah programnya.

Ha ha ha.

Monday, September 7, 2009

ISA SAMAD CALUN BN?

Apakah Isa Samad akan jadi calun BN di PRK Bagan Pinang.

Jika beliau menjadi calun BN, maka banyaklah isu yang boleh dipestakan oleh PR. Ha ha ha.

Mat Hassan tengah pening nak hulur duit ke Bagan Pinang. Tetapi Isa tak perlu bantuan kewangan kerana duitnya masih berkampit lagi - baki duit kempen Naib Presiden masih ada lagi. Wooo.

Sunday, September 6, 2009

BERSIAP KE BAGAN PINANG

Setiap kali PRK di luar NS, Pas NS akan menghantar kontigennya. Kebanyakan yang bertugas ialah pemegang jawatan di kawasan. Anggota biasa jarang benar yang terlibat. Mengapa tak diketahui. Tak mampu atau tak diarah oleh pimpinan kawasankah?

Kali ini PRK dalam NS. Jika anggota biasa tidak dilibatkan sama - maknanya jentera Pas di PRK Bagan Pinang akan kekurangan tenaga. Setiap cawangan wajar menghantar tenaga kerja bergilir. Inilah masa terbaik untuk belajar dan meningkatkan skil kerja pilihan raya. Cakap banyak pun tak guna. Yang tak pergi tu hulurlah duit.

SELAMAT BERTUGAS.

Saturday, September 5, 2009

KES KUIL SHAH ALAM

Apa pun cara kes kuil di Shah Alam diselesaikan, kita kagum dengan keberanian pimpinan Pakatan Rakyat Selangor berjumpa, berhadapan dan berdailog dengan penduduk.

Ya, hadapi masalah dan selesaikan. Bukan menyimpan bertahun-tahun.

Bukan sapu masalah di bawah karpet dan melenting apabila dibongkar.

Faham tak oi.

Friday, September 4, 2009

ALAHAI PRK DI NS

Nasib PRK di Teluk Kemang.

Kalau kat Seremban - mana nak letak muka.

Pas Seremban masih tergantung dek diri sendiri.....

Gua caya PJ NS. Gua caya Dato Pa Ali. Gerenti settle sebelum 31 Disember 2009. Woooooo.

Jangan hendaknya "tarbiah-usrah-ukhwah -punah" . Patutlah Yam Tuan Bosar dari soborang...

Thursday, September 3, 2009

PEMBAHAGIAN TUGAS

Banyak kerja yang perlu dilakukan oleh parti atau jamaah untuk mencapai sesuatu matlamat. Pimpinan dengan restu dan persetujuan jamaah hendaklah menentukan sesuatu tugas kepada seseorang atau sesuatu kumpulan kecil untuk mereka merancang dan bertindak secara konsisten.

Kumpulan kecil yang konsisten melakukan sesuatu aktiviti akan membolehkan mereka mahir, kreatif dan boleh mengulangkaji keberkesanan program atau aktivitinya.

Malanglah bagi sesuatu organisasi jika organisasinya tidak empunya task force bagi mencapai matlamat organisasi. Dan teramat malang jika usrah hanya sekadar menjadi kumpulan pengajian sahaja tanpa ada agenda bertindak seperti yang diharapkan oleh almarhum Hassan al Banna.

Cukuplah sudah senario hadir mesyuarat hanya untuk menanyakan aktiviti apa orang lain buat, bukannya melapurkan apa aku buat...