Tuesday, March 30, 2010

APCO DAN NAJIB – DI SEBALIK TIRAI PERHUBUNGAN AWAM

Oleh Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. Ahli-ahli parlimen ini mungkin berfikir mereka melakukan hal yang betul dengan mempertahankan Najib dan syarikat perundingnya yang hebat itu.

Dalam fikiran kebanyakan ahli parlimen BN, mempertahankan kerajaan sama dengan mempertahankan tanahair. Dengan logika songsang yang sama, orang yang mengkritik kerajaan semudahnya digelar pengkhianat Malaysia.

Saya dengan berlapang dada, mengajak kawan-kawan di sebelah sana untuk berfikir dengan lebih jauh lagi, melihat dengan lebih dalam lagi. Sebetulnya, ianya tidaklah terlalu sukar untuk mencari kaitan hubungan APCO dan Israel.

Namun sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya perlu menerangkan bahawa perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan “persoalan tentang Yahudi.” Ada perbezaan yang cukup luas di antara menjadi Yahudi dan menganut ideologi Zionisme.

Rakyat Malaysia selalu berbangga dengan mengisytiharkan kebersamaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Kita juga mengekalkan dasar luar negara yang bebas dan memiliki rekod panjang melatakkan komitmen pada prinsip dan perjuangan Gerakan Negara-negara Berkecuali.

Dalam konteks ini, apakah teramat sukar untuk memahami bagaimana Perdana Menteri membayar khidmat firma yang terkenal dengan hubungan gelapnya dengan gerakan Zionisme antarabangsa? Kenapa perlu kita percaya sebuah syarikat dengan agenda Zionis mengendalikan hubungan komunikasi strategi Malaysia?


IANYA BUKAN SEKADAR SEBUAH SYARIKAT YAHUDI


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menimbulkan beberapa kritikan di parlimen berkenaan persamaan di antara slogan 1 Malaysia dan 1Israel. Beliau juga mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.

Terdapat juga persoalan tentang kenapa Najib dan kerajaannya tidak melibatkan firma perhubungan awam tempatan bagi menjalankan kerja hubungan komunikasi tersebut?

Menurut kenyataan APCO sendiri, tanggungjawabnya meliputi ruang lingkup yang cukup lebar melangkaui komunikasi “tugas APCO termasuklah dokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi yang luas yang sedang diambil kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan pendidikan serta memperkasa penyampaian khidmat kepada rakyat.”

Malahan, ianya cukup aneh bahawa penjelasan ini tidak datang dari Najib ataupun Pejabata Perdana Menteri.

Asas utama Pakatan Rakyat menimbulkan perkara ini bukanlah untuk meraih sokongan politik tetapi kerana keprihatinan yang jujur berhubung soal keselamatan negara.

APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabata di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat),

KITA MUNGKIN BERKATA HABIS ITU APA?


Namun APCO tidak boleh menafikan operatornya di Tel Aviv memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel Yishak Rabin. APCO di Israel mengendalikan kerja-kerja pembangunan strategik dan berbagai bentuk komunikasi untuk syarikat korporat ataupun organisasi kerajaan.

Selanjutnya, perhubungan di antara Israel dan APCO lebih dari sekadar memiliki pejabat di Tel Aviv. Kegiatan APCO di negara Zionis melampaui sektor orang awam. Perlu diingatkan anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO Doron Bergerbest-Eilon,merupakan bekas ketua keselamatan untuk kerajaan Israel

APCO dan ASERO

Hubungan APCO dengan pelbagai projek risikan dan berkait keselamatan dilakukan menerusi hubungan strategik dengan syarikat saudaranyaASERO Worldwide. Kepakaran APCO adalah dalam bidang komunikasi, manakal ASERO pula pakar dalam keselamatan dalam negeri dan perunding pengurusan risiko.

APCO dan ASERO mempunyai anggota perunding dan pengurusan yang bertingkah keahliannya. Misalnya Doron Bergerbest-Eilon yang duduk sebagai anggota Majlis Penasihat Antarabangsa APCO merupakan orang yang terlibat menubuhkan dan menjadi presiden ASERO Wordlwide.

Doron Bergerbest-Eilon, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dalam Israeli Security Agency (ISA). Dia merupakan bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan menjawat pangkat yang lebih kurang sama dengan mejar jenderal. Dedikasinya terhadap agensi perisikan Israel membawa dirinya dianugerahkan Pingat Penghargaan Pengarah oleh Agen Perisikan Amerika Syarikat.

Mara Hedgecoth, anak perempuan Ceo APCO dan Presiden Margery Kraus turut menjawat jawatan dalam ASERO sebagai Naip Presiden. Dalama masa yang sama Mara Hedgecoth turut berkhidmat sebagai Naib Presiden dan Pengarah APCO Worldwide.

Naib Presiden Kanan ASERO, Carl Truscottmerupakan sosok tubuh yang tercalar imejnya sewaktu dibawah pentadbiran Bush. Carl Truscottmerupakan bekas Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika Syarikat.

Tetapi dia melatakkan jawatan pada Ogos 2006 setelah terbit laporan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendapati dia telah membazirkan ribuan dollar dengan berbelanja mewah, membazirkan jutaan dolar dengan keputusan-keputusan sesuka hati serta melanggar piawaian dengan mengarahkan pekerjanya membantu anak saudaranya dalam projek video di sekolah tingginya.

HUBUNGAN DENGAN ISREAL

ASERO Worldwide menasihati agensi awam dan tentera Israel dalam hal cabaran strategi dan taktik keselamatan serta menyediakan bantuan terhadapkerajaan dan pihak korporat bagi menyediakan, meringankan dan memulihkan daripada ancaman keganasan dan risiko bahaya lainnya, juga melindungi penghidupan dan aset penting serta memastikan penerusan operasi.

Kakitangan ASERO dipenuhi dengan rekrut daripada Agensi Keselamatan Israel (juga dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet) dan juga Mossadyang cukup terkenal itu. Seperti yang kita tahu prosedur piawaian operasi agensi ini dalam menghalang keganasan (counter terrorism) termasuklah dengan menyiksa orang yang dituduh, pembunuhan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2006, APCO dan ASEROmemperkenalkan – Pentadbiran Pengangkutan Keselamatan – Transportation Security Administration (TSA) kepada kerajaan Israel, dan membantu membangunkan sistem keselamatan lapangan terbang Israel – Sistem Pengesan Orang Yang Disyaki – Suspect Detection Systems. TSAdireka oleh John Magaw, salah orang perunding kanan yang pernah menjadi pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat.


HUBUNGAN DENGAN SINGAPURA

Bukan lagi rahsia bahawa Israel dan Singapura menjalin hubungan tersembunyi dalam kerjasama luar biasa di bidang pertahanan dan perisikan. Kerjasama antara dua buah negara ini dapat dijejak sejak tahun 1960 an lagi/

Di kalangan pengarah kanan dan pegawai pengurusan ASERO, satu-satunya orang yang bukan warga Amerika Syarikat dan warga Israel merupakan warga Singapura.

ASERO dan APCO menyediakan khidmat rundingan terhadap keselamatan dalam negeri Singapura, membantu Singapura dengan khidmat teknikal dan risikan dalam hal ehwal keselamatanruang udara dan angkasa. Khidmat dan kepakaran mereka talah memudah cara perpindahan pantas teknologi keselamatan dan ketenteraan Israel e Singapura.

Kedua-dua syarikat ini juga terlibat dalam mempromosikan penglibatan Israel dalam kerjasama dan penyelidikan berjangka panjang dalam bidang strategik yang mempunyai implikasi keselamatan dan ketenteraan. Antara isntitusinya adalah Yayasan Kajian dan Penyelidikan Industri Singapura-Israel (Singapore-Israel Industrial R&D Foundation - SIIRD) yang ditubuhkan pada tahun1997.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ASERO aktif terlibat dalam banyak kegiatan pencegahan keganasan (counter terrorism). Di atas nama pertukaran akdemik, ASERO telah ikut terlibat dengan Pusat Sains Tingkah Laku (Centre of Behavioral Science - CBS).Matlamat CBS adalah untuk berkhidmat sebagai “platfom untuk perpindahan dan pertukaran idea-idea dan pengetahuan terkini yang akan menyumbang kepada perubahan hidup individu, organisasi dan juga masyarakat.”


SATU MALAYSIA DAN SLOGAN SATU BANGSA

Dalam latar belakang ini, terdapat banyak sebab mengapa rakyat Malaysia yang patriotik perlu mempersoalkan kebijaksanaan mengambil khidmat APCO itu. Cukup terang, APCO tidak berkongsi wawasan yang sama tentang pembinaan bangsa(nation). Tidak juga menghairankan untuk APCO tidak berkongsi hasrat, wawasan dan matlamat pembinaan negaa kami. Sebab itulah slogan 1Malaysia tidak bersambut dalam konteks rakyat tempatan.

Fakta sejarah menunjukkan 1-Malaysia berbunyi seperti berbagai “gerakan Satu Bangsa” di seluruh dunia. Malangnya selogan Satu Bangsa tidak dapat dielakkan dikaitkan dengan kecenderungan konservatif.

Seperti yang kita ketahui, slogan Satu Israel merupakancubaan yang gagal untuk menyatukan suatu lanskap politik yang terpisah-pisah. Kemudian ada pula “One Britain” yang menjadi tema kempen ahli-ahli politik pelampau puak kanan parti Konservatif UK dan kumpulan-kumpulan anti penghijrahan orang luar ke dalam negara.

DI Australia, bekas perdana menteri John Howardmerangka dasar One-Australia pada tahun1980an. Maksudnya One-Australia membawa makna anti keragaman budaya dan mendesak Australia mengekalkan penguasaan orang kulit putih Anglo-Saxons.

Slogan One-Australia perdana menteri Howard kemudiannya diangkat oleh ahli politik rasisPauline Hanson yang menubuhkan One-Nation Party. Satu-satunya platfom parti ini berpandukan retorik dan dasar anti orang luar dan anti penghijrah.

MENYERAHKAN KEDAULATAN MALAYSIA

Setahun selepas dilancarkan, konsep 1-Malaysia masih lagi terlalu kabur buat kebanyakan rakyat Malaysia. Meskipun slogan tersbeut telah menghasilkan caka-cakap dan kegiatan tetapi ia langsung kosong isi pemikirannya.

Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira etnik sama-sama kehilangan arah dalam mentera retorika ini. Kesan rasa selamat tidak cukup untuk menutup kekecewaan terhadap tiadanya tindakan dalam menangani isu sebenar yang memberi kesan terhadap bangsa dan negara seperti rasuah, menurunnya proruktiviti, kemiskinan, perpaduan nasional dan lainlain.

Keprihatinan kami bukan sahaja soal pembaziran wang pembayar cukai dalam perbelanjaan pengiklanan yang menakjubkan, papan tanda,lagu, konsert, pertandingan menulis esi dan lain-lain lagi. Kita mesti melihat kepada paling asasi sejauhmana selamatnya negara apabila kita dengan secara sukarelanya mendedahkan struktur kakitangan pegawai kerajaan terhadap firma swasta dengan kepentingan asing yang cukup kuat?

Dalam menjalankan tugasnya, APCO telah diberikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif milik kerajaan yang saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia.dinafikan hak untuk mendapatkan bahan-bahan sensitif tersebut.Maka sungguh cetek dan lurus bendul lah kita untuk percaya APCO akan mengendalikan rahsia negara secara profesional, khusunya apabila kita sedang berkonflik dengan kuasa global.

Saya berharap ahli-ahli parlimen dan para pemimpin BN memberi perhatian dalam isu yang amat serius ini. Jika kamu benar-benar patriotik, bangun sekarang. Tolonglah jangan serahkan nasib Malaysia ke tangan kuasa asing.

Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
27 Mac 2010

Tuesday, March 16, 2010

TUU DIA

Oleh: Kickdefella

‘Khalid Al Walid’ PAS atau Razak Bin Abas, tidak dapat dinafikan oleh sesiapa keakrabannya dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan.

Walaupun dia gagal menggulingkan Tengku Razaleigh Hamzah didalam pilihanraya umum 1999, kejayaan PAS mempertahankan Kelantan dengan cemerlang membawa keberkatan kepadanya.Tambahan pula sebelum dia menyelak kainnya di Pendang pada tahun 2002, dia dilaporkan sudah berbisik dahulu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan tindakannya. Lantas apabila dia benar-benar berbuat demikian, bertambahlah keberkatannya disisi Tuan Guru.

Salah seorang anaknya, iaitu Roshaimi Bin Razak terkenal rapat dengan seorang anak Nik Abdul Aziz dan juga seorang exco dalam pentadbiran Nik Abdul Aziz. Baru-baru ini pula desas-desus kencang berkata menantu Nik Aziz, Almenantunya Ariffahmi pula telah masuk kongsi perniagaan dengan insan yang terkenal dengan panggilan Chegu Mie ini.

Khabarnya pula, mereka berdua akan menyewa di bawah pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, elok juga kita fahami serba sedikit modus operandi geng balak di Kelantan. Ia adalah satu usahasama Ali dan Baba yang boleh dibanggakan. Selalunya Ali akan menubuhkan syarikat dengan beberapa orang baba. Ali mestilah seorang yang rapat dengan salah seorang exco yang duduk di dalam jawatankuasa balak kerana hanya setelah surat permohonan mereka diminit oleh salah seorang exco barulah ianya boleh diangkat ke peringkat seterusnya.

Bagi mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar pula, Ali dan Baba perlu berjanji untuk menderma sejumlah wang kepada Parti.

Apabila Ali berjaya mendapatkan kelulusan itu, dia akan menjual syarikat dan segala konsesi yang diperolehi oleh syarikat itu kepada Baba. Baba akan membayar sejumlah wang yang akan Ali kongsikan bersama rakannya dan juga untuk Ali gunakan untuk menderma kepada Ahli Politik dari parti politik.

Wang itu pula jika sampai ke tangan Ahli Politik ia akan terus disimpan diluar Parti untuk aktiviti parti apabila diminta. Namun begitu, ketirisan berlaku dimana-mana dan ianya tidaklah selalunya berakhir dengan begitu sempurna. Bahkan kadang-kadang ada sesetengah Ali yang menulis pula surat kepada exco tertentu minta dibatalkan perjanjian derma mereka.

Memandangkan wang-wang ini sama ada yang diterima oleh Ali atau yang didermakan kepada Ahli Politik selalunya dirahsiakan maka tiada ketelusan didalam pengurusannya.

Seringkali juga orang tengah yang juga merupakan Ahli Parti yang berjawatan melarikan wang itu kerana mereka tahu mereka tidak akan didakwa. Terdapat satu insiden dimana orang tengah telah melarikan wang berjumlah RM82,000 ke Kuala Lumpur untuk membeli sebuah Mercedes Benz second hand secara tunai.

Memandangkan Parti memerlukan sumber kewangan ini maka beberapa Exco atau Ahli Dewan Harian telah diamanahkan untuk mencari wang menerusi cara begini dan sebab itulah kita akan sering mendapati orang yang amat dipercayainya sahaja yang sering mendapat konsesi balak di Kelantan.

Senarai syarikat di bawah adalah senarai pendek daripada ribuan syarikat yang telah mengejar habuan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan ianya di senaraikan disini tanpa prejudis dan sekadar bagi memudahkan kita memahaminya.

  1. MT Arju Enterprise (KT0123850-U)
  • Didaftarkan pada 17 Disember 1997.
  • Diambil alih oleh Roshaimi Bin Razak pada 29 Julai 2000.
  • Pada 6 Jun 2001, Roshaimi menyerahkan hak milik kepada Ng Man Chan.
  1. Sri Kalai Seberang Enterprise (KT0118180-U)
  • Tarikh didaftarkan 10 Mac 1997
  • Pemilikan asal Mat Isa Bin Mat Saman dan Siti Amunah Binti Ismail.
  • Kedua-dua mereka menarik diri dari pemilikan syarikat pada 20 Mac 2001.
  • Sehari sebelum itu, iaitu pada 19 Mac 2001 Wong Kam Soon dan Roshaimi Bin Razak menyertai syarikat sebagi pemilik.
  • Roshaimi ‘tarik diri’ dari syarikat pada 5 September 2001 dan serahkan pemilikan kepada Kua Geam Hang yang menyertai syarikat pada 24 Julai 2001.
  1. Khazanah Rimba & Trading (KT0118590-P)
  • Didaftarkan pada 27 Mac 1997.
  • Cheong Kok Tong mengambil alih syarikat pada 20 Oktober 1999.
  • Roshaimi Bin Razak menyertai Cheong sebagai pemilik bersama pada 24 Julai 2001.
  • Pada 20 Jun 2004, Roshaimi ‘tarik diri’ dari syarikat.
  1. Syarikat Gemal (KT0035356-H)
  • Tarikh didaftarkan 7 Februari 1985.
  • Pemilikan asal Wan Ahmad Zaki Bin Wan Jaffar, Che Abdullah Bin Deraman, Azmera Bin Othman, Kamariah Binti Abdullah dan Roshaimi Bin Razak.
  • Kesemua mereka ‘tarik diri’ dari syarikat pada 3 Februari 2002. Kamariah tarik diri pada 13 Oktober 1991).
  • Pemilikan syarikat diambil alih oleh Ho Chung Meng pada 3 Februari 2002.
  1. Sri Kemboja Timber (KT0180591-H)
  • Ditubuhkan oleh Roshaimi Bin Razak pada 14 Oktober 2003.
  • Pada 19 Mei 2004, Chiong Ah Hui menyertai syarikat atas dasar perkongsian.
  • Roshaimi serahkan syarikat sepenuhnya kepada Chiong pada 27 Jun 2005.
  1. Sri Jelaping Enterprise (KT0116611-V)
  • Didaftarkan pada 15 Disember 1996
  • Pemilikan bersama diantara Roshaimi Bin Razak dan Lim Boon Lang bermula 4 September 2003.
  • Pada 7 Oktober 2003, Lim Boon Lang ‘tarik diri’ dan diambil alih oleh Chiong Ah Hui.
  • Pada 20 Jun 2004 ia menjadi milik tunggal Chiong Ah Hui apabila Roshaimi Bin Razak ‘tarik diri’.
  1. Perniagaan Gunong Jaya (KT0076975-T)
  • Didaftarkan pada 12 November 1990 oleh Yusuf Bin Husain.
  • Diambil alih oleh Roshaimi Bin Razak dan Wong Kam Soon pada 21 Mac 2001.
  • Mendapat kelulusan balak sebelum April 2004.
  • Roshaimi keluar dari syarikat pada 10 April 2004.
  1. Tegoh Taqwa Enterprise (KT0121361-P)
  • Didaftarkan pada 19 Ogos 1997.
  • Menjadi pemilikan bersama Roshaimi Abdul Razak dan Cheong Kok Tong pada 24 Julai 2001.
  • Pada 8 Mei 2005 menjadi milik tunggal Tan Wah Leong.
  1. RM Ramad Enterprise (KT01405659-W)
  • Didaftarkan pada 27 September 1999 oleh Roshaimi Bin Razak.
  • Cheong Kok Tong sertai Roshaimi pada 29 Mac 2003 tapi tinggalkan syarikat pada 19 Mei 2004.
  • Chiong Ah Hui sertai syarikat pada 19 Mei 2004.
  • Roshaimi tinggalkan syarikat pada 27 Jun 2005.
  • Yap Yong Poh dan Teo Tian Song ambil alih syarikat pada 18 Januari 2007 daripada Chiong Ah Hui.

10. Awara Murni Enterprise (KT0121121-M)

  • Didaftarkan pada 7 Ogos 1997.
  • Pemilikan asal oleh Saimin Bin Ishukri@Zakaria dan menarik diri dari syarikat pada 19 Januari 2000.
  • Roshaimi Bin Razak mengambil alih syarikat pada 22 November 2005.
  • Syarikat mendapat keluusan balak diantara November 2005 hingga Januari 2006.
  • Pada 9 Januari 2006, Roshaimi menyerahkan pemilikannya kepada Ong Kung Soon.

11. CT Dragon Trading (KT0210504-U)

  • Tarikh didaftarkan pada 9 April 2006.
  • Dimiliki bersama oleh Cheong Kok Tong, Tew Thin Choy dan Roshaimi Bin Razak.
  • 1 Ogos 2007 Roshaimi ‘menarik diri’ dari syarikat.
  • 13 November 2007, Wong Kok Bing menyertai senarai pemilik syarikat.

Individu yang terdapat didalam senarai pendek di atas tidak bersalah atau melakukan sebarang kesalahan dan hendaklah tidak didiskriminasikan. Mereka adalah ahli perniagaan tulin yang mencari rezeki yang dibenarkan.

Apa yang dipertikaikan mengapa dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, hasil kekayaan negeri hanya dibahagikan kepada beberapa kerat orang yang sudah kaya atau yang sudah dikayakan oleh Nik Aziz. Mengapa kekayaan itu tidak dibahagikan sama rata dan diutamakan mereka yang belum mendapat peluang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz digesa supaya bersikap telus dan mengeluarkan senarai penuh syarikat-syarikat yang telah menerima projek Kerajaan Negeri semenjak 1990 hingga sekarang supaya rakyat dapat menilai sendiri. Kerajaan Negeri juga dimohon untuk ‘declassify’ dokumen-dokumen dalam Mesyuarat Exco yang berselindung disebalik Akta Rahsia Rasmi supaya kita dapat memahami keluasan projek dan untuk tujuan apa individu-individu tertentu diberikan projek.

Kerajaan Mahathir Mohamed pernah mengeluarkan senarai penerima projek Pusat dan Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pernah mengeluarkan senarai penerima AP pengimport kenderaan.

Sebelum ada yang menghalalkan tindakan Nik Abdul Aziz dengan alasan ketirisan hanya kecil berbanding dengan pusat, sayugia saya ingatkan, bajet tahunan Kerajaan Negeri hanyalah didalam lingkungan RM400 juta sahaja. Jika ketirisan yang mencecah hampir ratusan juta dibandingkan dengan perdapatan dan peruntukan perbelanjaan negeri, tentu sekali ianya menunjukkan ketirisan yang maha hebat.

Bagaimanapun, ingin saya tegaskan, apa yang berlaku di Kelantan tidak ‘reflect’ PAS secara kesuluruhannya.

Setiap kali ceramah, PAS masih mengutip derma dari ahli-ahlinya. Walaupun ada yang menderma hingga beribu ringgit tetapi hampir keseluruhannya adalah derma yang kecil jumlahnya. Iaitu beberapa ringgit yang disimpan hasil memotong getah atau hasil pemberian anak mereka yang bersabung nyawa mencari rezeki di rantauan. Mereka ikhlas mahu membantu Parti mereka didalam menentang Barisan Nasional yang bagi mereka bergelumang dengan rasuah, kronisme dan nepotisme.

PAS Kelantan sudah gagal membersihkan dirinya. Pimpinan PAS Kelantan tiada keyakinan diri untuk mengundurkan Nik Abdul Aziz walaupun mereka sedar populariti Nik Abdul Aziz sudah menjunam.

Mereka sedar kebelakangan ini mereka terpaksa batalkan kehadiran Nik Abdul Aziz untuk merasmikan beberapa program kerana kehadiran tetamu dan peserta yang amat sedikit. Antara program yang terpaksa dibatalkan ialah sebuah program bermotor beberapa bulan yang lalu. Walaupun mereka sudah mengeluarkan wang untuk membayar peserta dan hadirin, sesuatu yang PAS Kelantan tidak pernah lakukan sebelum ini, tetapi kehadiran hanyalah sekadar kurang daripada 50 orang peserta sahaja.

Bagi golongan yang masih berkeras mempertahankan Nik Aziz ini, argumen mereka ialah Nik Aziz masih tunjang mereka kerana pemilih diluar Kelantan masih menganggap Nik Aziz sebagai keramat. Apalagi, masyarakat Cina dan India melihat Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Islam yang dapat ditunggang untuk memajukan agenda mereka.

Sebelum Pilihanraya Umum 2008, Tun Mahathir Mohamed pernah membuat kenyataan akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana yang antara lain menyeru supaya, ‘UMNO dibersihkan dari luar’ setelah melihat UMNO gagal membersihkan dirinya dari dalam.

Pentadbiran Nik Abdul Aziz sudah gagal membersihkan dirinya sendiri, masanya sudah tiba untuk ‘PAS Kelantan dibersihkan dari luar’ sebelum ianya memudaratkan kredibiti PAS sebagai sebuah parti yang membela rakyat dengan penuh ikhlas.

Kepada Allah saya berserah dan memohon perlindunganNya!

Friday, March 5, 2010

LEBIH SESAT DARI BABI

Oleh Penarik Beca

Pagi tadi, saya dah tulis. Lepas Subh, bila tengok berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Harussani dedah keangkuhan PAS", saya fikir dalam hati, tak boleh biar putar alam ni. Pagi tadi dapat buat satu dua para ja. Ni baru sambung.

Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:
"...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".
Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim.

Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)

Harussani juga berkata:
"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".
Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?

Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?

Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?

Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.

Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".

Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")

Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.

Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.

Kita tak ada hak untuk melarang Mufti Perak itu hendak menolong Umno meneruskan kezalimannya. Tidak kiralah sama ada parti itu parti perasuah, busuk hingga ke ususnya atau tidak mampu lagi memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu.

Apa sekalipun, kita tak boleh kacau hobi dia untuk membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).

Ikut suka dialah. Tetapi adakah kerana tak mahu membantu parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya meneruskan kezaliman akan melayakkan mana-mana pihak dilabelkan "sayang kepada kafir maka kafir"?

Adakah kerana PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP menyebabkan Harussani berpendapat "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula Umno yang berada di dalam Barisan Nasional bersama-sama PBS? Siapa bertanggungjawab ke atas Kristianisasi di Sabah?

Satu lagi soalan kepada Harussani. Ketika orang-orang PAS di bunuh kejam di Memali dahulu dan para pemimpin Umno terang-terang memperlihatkan merekalah yang berada di belakang pembunuhan beramai-ramai orang-orang PAS itu, adakah pada masa itu PAS berada dalam satu pakatan dengan DAP?

Akhirnya, entah kenapa saya teringat firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 179 Allah yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Maknanya, ada manusia yang lebih sesat dari babi kerana babi juga salah satu binatang ternak.

Berkaitan:
Catatan-catatan Ustaz Ahmad Awang mengenai Harussani di sini.

Ahmad Awang dimata Harussani

Sumber : KL Post

Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya./utusan