Monday, May 3, 2010

CINA HALANG MELAYU?

Pemberi dan yang meluluskan permit, lesen, kontrak, tender, kelulusan penyenaraian syarikat awam, AP, tukar hak tanah dan 1001 kelulusan ialah kerajaan. Jentera kerajaan ialah orang Melayu yang berkhidmat dalam Kerajaan. Yang mengetuai kerajaan pusat dan majoriti negeri ialah UMNO/BN.

Mengapa apabila Cina berjaya dan menguasai perniagaan dalam negara ini, dikatakan Cina mahu menindas Melayu pula.

Kerajaan yang dikuasai oleh Umno/BN boleh membuat Bank yang dimiliki 100% Melayu. Tak siapa nak marah.

Kerajaan yang dikuasai oleh BN boleh membuat syarikat Insuran yang dimiliki 100% Melayu. Tak siapa nak marah.

Kerajaan yang dikuasai oleh BN boleh menubuhkan syarikat pengedaran gula dan tepong yang dimiliki 100% Melayu. Tak siapa nak marah.

Kerajaan yang dikuasai Umno/BN boleh membuat 1000 kilang yang dimiliki 100% Melayu. Tak siapa nak marah.

Selepas 50 tahun merdeka dan Melayu Umno yang memerintah dan berkuasa segalanya, mengapa tak boleh majukan Melayu.

Jika tak hendak mengaku bahawa kerajaan Umno/BN tak berjaya majukan Melayu, maka janganlah salahkan Cina.

SEBENARNYA BILA UMNO NAK HILANG KUASA, YANG TAK DAPAT FAEDAH IALAH SEGELINTIR MELAYU. BUKANNYA MAJORITI MELAYU!!!!!!

Takkan orang Melayu tak dapat jadi doktor, salahkan Cina.

Takkan Melayu tak mampu buka pasaraya, salahkan Cina pula.

Takkan Melayu tak boleh ekspot perabut, salahkan Cina pula.

Cukuplah sudah menyalahkan bangsa lain jika kaum sendiri tak berupaya. Awak yang memerintah, awaklah yang bertanggung jawab.

Jika Cina yang berkuasa menetukan sesuatu kemenangan pilihanraya dalam sesuatu kawasan DUN dan Parlimen pun bukan salah Cina. Awak yang mereka komposisi pengundi macam tu selepas PRU 1999!!!!

Yang marah Cina sangat ni fasal tak undi BN sahaja sebenarnya!!!!!!!