Monday, December 12, 2011

KERUGIAN PELABURAN FELDA

Nota FB Hj Abd Rahman Yusof, bekas MP Kemaman berkaitan isu FELDA:


Kerugian Pelaburan Felda


Rakyat berhak mengetahui kenapa Felda perlu pinjam rm6 billion dari EPF (rm3 billion untuk Felda dan rm3 billion untuk Felda Global Venture Sdn Bhd) terutama peneroka Felda kerana Felda Global Ventures Sdn Bhd dipunyai juga oleh peneroka dan kakitangan Felda melalui Koperasi Felda.


2. Difahamkan hampir semua pelaburan Felda Global Venture Sdn Bhd di luar Negara hasil pinjaman dari EPF ini mengalami kerugian besar sejak 2007 hingga 2010 mencecah lebih rm500 juta. Diantaranya termasuk pelaburan dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies USA, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Venture Arabia.


3. Pelaburan dalam Twin River Technologies merupakan pelaburan paling buruk kerana selain pelaburan rm175 juta, Felda juga terpaksa meminjam rm300 juta dari CIMB untuk membayar balik pinjaman Bank of America US100 juta kepada Twin Rivers Technologies yang ditarik balik.

4. Selain itu Felda juga membeli anak syarikat Twin River Technologies iaitu TRT-ETGO Canada dengan harga rm600 juta. Jadi jumlah pelaburan terlibat dalam pembelian Twin River Techonologies dan Anak Syarikatnya mencecah hampir rm1 billion.

5. Hingga kini kedua-dua syarikat ini mengalami kerugian mencecah hamper rm500 juta sejak pelaburan dibuat pada 2007. Yang lebih malang lagi tuan empunya Twin River Technologies iaitu Proctor & Gamble membina kilang yang sama di China setelah menjual kilang mereka di USA dan Canada. Ini bermakna mereka beroperasi di tempat kos yang rendah dan Felda beroperasi di tempat kos yang tinggi.

6. Gambaran kedudukan kewangan Felda dan Felda Global Venture kukuh hanyalah kerana keuntungan besar yang diperolehi hasil pengeluaran dan penjualan Minyak kelapa sawit.

7. Persoalannya bagaimana Felda dan Felda Global Venture Sdn Bhd berupaya membayar balik pinjaman rm6 billion ini dari EPF kerana kerugian dalam pelaburannya. Boleh dikatakan Felda akan bankrap sekiranya keuntungan daripada pengeluaran dan penjualan minyak kelapa sawit tidak dapat menampung kerugian yang dialami oleh Felda dalam pelaburan di luar Negara.


8. Kenapa pelaburan dalam apartments di Mekah oleh Felda Venture Arabia mengalami kerugian rm5 juta setahun sejak dibeli pada 2007 dan pada 2010 mengalami kerugian rm70 juta? Benarkah Felda Global Venture Sdn Bhd memindah Felda Global Venture Arabia kepada Lembaga Felda untuk menutup kerugian ini?


9. Kenapa Ethos Consultant yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan perladangan dan pertanian dilantik sebagai konsultan? Apa tanggongjawab mereka dan berapa bayaran yang dibuat oleh Felda dan Felda Global Venture kepada mereka?


10. Tidakkah ada unsur “conflict of interest” apabila CIMB yang diterajui oleh adik Perdana Menteri, Nazir Tun Abdul Razak dilantik sebagai penasihat kewangan dalam transaksi pelaburan ini sedangkan abangnya YB Pekan menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri yang terlibat dengan Felda?