Thursday, February 24, 2011

GERAKAN ISLAM DITUDUH TALI BARUT PENJAJAH

Oleh: Abu Firdaus

Ada pihak yang mengungkit kisah lama revolusi Februari 1952 di Mesir dengan menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah tali barut penjajah Britain walaupun gerakan Islam itu bekerjasama dengan Pegawai Bebas pimpinan Mohamad Naguib dan Gamal Nasser serta Parti Komunis Mesir menggulingkan Raja Farouk dan menubuhkan republik. Sementara dalam sejarah Indoensia pula, ketika Sukarno berkuasa, parti Islam, Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) juga dituduh sebagai tali barut penjajah Amerika Syarikat kerana menentang kepimpinan nasionalis negara itu.

Di India, Jamaah Tabligh juga dituduh sebagai tali barut penjajah Inggeris kerana enggan bangkit bersama golongan nasionalis Parti Kongres menentang Britain. Di Malaysia pula, ada pemimpin nasionalis yang menuduh para ulama yang berkaitan PAS sebagai tali barut penjajah Inggeris dan menghalang kemerdekaan.

Adakah gerakan Islam menyebelahi penjajah dalam tahun-tahun perjuangan kemerdekaan 1950-an dahulu? Ikhwanul Muslimin dengan tunjuk ajar Hassan Al-Banna dan Syed Qutb adalah jelas tidak memihak kepada penjajah British yang amat mempengaruhi Parti Wafd yang memerintah ketikla zaman Raja Farouk itu.

Mereka juga turut berjihad menentang Israel bersama tentera Mesir yang sudah tentunya menunjukkan ia bukan tali barut. Lagipun Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan Pegawai Berbas melancarkan revolusi menggulingkan pemerintahan diraja dan Parti Wafd yang tunduk kepada pihak penjajah.

Begitu juga dengan Masyumi. Walaupun Amerika memberikan sokongan kepada Masyumi bagi menentang Sukarno, itu tidak bermakna parti Islam tali barut penjajah. Sebaliknya Masyumi mahu mempertahankan kemerdekaan Indonesia daripada dipengaruh oleh Moscow dan Beijing yang melihat Sukarno sebagai sekutu kuat mereak untuk memperluaskan kuasa komuinisme.

Sementara di India pula, orang Islam di sana, berganding bahu dengan Parti Kongres berjuang juga untuk kemerdekaan negara. Tetapi tentunya orang Islam bimbang terhadap kedudukan dan nasib mereka jika menjadi minority yang lemah. Maka mereka mengharapkan penjajah Britain akan menjadi pengimbang atau pelindung bagi mereka.

Di Malaysia pula, PAS yang dilihat sebagai lahir daripada kumpulan dalam Umno yang menyokong Datuk Onn Jaafar dianggap sebagai tali barut British. Ini kerana Datuk Onn sendiri juga dianggap tali barut British. Tetapi tuduhan bahawa ulama di Malaysia adalah tali barut Inggeris timbul lebih awal lagi.

Maka dikatakan bahawa ulama-ulama tradisional yang mendokong raja-raja Melayu memberi sokongan supaya British terus kekal menguasai negeri-negeri Islam ini. Tuduhan dan fitnah boleh timbul jika suasana ketika itu tidak difahami betul-betul. Namun begitru sifat sejarah adalah terbukan kepada pelbagai tafsiran. Ini kerana ahli sejarah yang menganalisisnya kemudian hidup pada zaman yang jauh terkemudian. Tafsiran tyidak semestinya realiti.

Namun begitu hakikatnya, ulama Kaum Muda termasuk penggerak majalah Al-Imam yang membela Islam mempunyai semangat untuk menentang penjajah. Selepas Jepun menyerah kalah, ulama umpamanya di Gunung Semanggol menubuhkan Hizbul Muslimin. Sementara Dr Burhanuddin Al-Hilmy yang menjadi presiden pertama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah pejuang kemerdekaan. Beliau kemudian memimpin PAS.

Golongan kiri ini kemudian dibimbangi oleh Datuk Onn kerana sifat mereka yang radikal. Namun Datuk Onn yang kemudian mendapat sokongan banyak ulama adalah pejuang kemerdekaan. Tidak timbul soal tali barut penjajah.

Sementara di dunia Arab, penjajah masuk menjarah apabila Khilafah Uthmaniah tumbang. Kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Uthmaniah yang berpusat di Istanbul melahirkan gerakan-gerakan nasionalis Arab. Mereka ini mendapatt sokongan penjajah Inggeris yang mahu menumbangkan Khilafah Uthmaniah. Dalam hal ini, siapa yang menyokong penjajah? Para nasionalis Arab atau gerakan Islam yang cuba mempertahankan khalifah?

Bagi para nasionalis Arab, khalifah Uthmaniah itu adalah penjajah, maka mereka berjuang membebaskan bumi Arab daripada penjajahan Turki. Tetapi bagi gerakan Islam, apa yang mereka lakukan adalah meruntuhkan institusi khalifah Islam dan terperangkap dalam cengkaman penjajah Inggeris dan Perancis pada zaman itu.

Justeru masa Mesir di bawah Muhammad Ali bebas daripada Khalifah Uthmaniah dan menubuhkan negara moden, ia dikuasai pula oleh Britain dan Perancis hinggakan Terusan Suez pun terlepas daripada kedaulatan Kaherah.

Maka dalam ekadaan terjajah inilah gerakan Islam berganding bahu dengan nasionalis Arab dan komunis menggulingkan raja mereka. Tetapi selepas menang, para nasionalis mengetepikan gerakan Islam dan pihak komunis. Pada masa itu ketiga-tiga pihak tidak berminat untuk memperkenalkan demokrasi.

Parti Komunis Mesir mahu menubuhkan negara komunis. Gerakan Islam tentunya mahu menubuhkan Negara Islam dan nasionalis Arab pula mahu negara sekular, sosialis, mungkin fasis tetapi bukan komunis. Di sinilah fahaman nasionalis kiri bertembung dengan gerakan Islam.

Sepanjang pemerintahan rejim nasionalis kiri Arab dari Gamal Nasser hinggakan Hosni Mubarak, mereka telah menangkap, menyeksa dan membunuh anggota Ikhwanul Muslimin. Kekejaman mereka mendorong lahirnya goloingan militan dan pengganas. Kemudian mereka mendakwa sebagai pelindung rakyat Mesir dan memfitnah Ikhw3anul Muslimin kononnya sebagai tali barut penjajah. Tetapi hakikatnya nasionalis kiri Arab itu tali barut Moscow, Washington dan akhirnya rejim Tel Aviv.

Monday, February 21, 2011

Belum perintah dah nak jadi diktator

Oleh Penarik Beca

Bila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad "suruh bunuh" kolum Wan Saiful Wan Jan dalam Harakah, saya forward kepada dia mesej yang tak senang dengan tindakannya itu. Dalam jawapannya, Idris membayangkan tindakannya itu didorong oleh kemarahan ahli-ahli terhadap kolum itu.

"Ahli marah mcm mana jadi mcm ini," demikian antara mesej Idris kepada saya. Idris yang membawa aliran pemikiran old school "ana jaga parti" juga meminta saya baca dulu tulisan terakhir Wan Saiful sebelum kolum itu dibunuh - bab old school ni, saya kesian kat Idris. Umur muda lagi, pakai pun macam orang muda. Tetapi pemikiran dia terlalu old school. Barangkali dia thiqah dan wala'.

Sebelum ini, saya tidaklah bercadang nak tulis dalam blog mesej Idris terhadap saya. Tetapi apabila Malaysia Today hari ini menyiarkan tulisan Wan Saiful bertajuk "Beza Harakah PAS dan Utusan UMNO: Satu pandangan peribadi", saya rasa elok juga saya siarkan jawapan Idris itu.

Idris mesti diberi hak untuk membela dirinya. Atas semangat yang sama juga, saya rasa perbezaan pandangan dan pemikiran sepatutnya diberikan hak dan diberi ruang di dalam PAS, kalau pun tidak di dalam Harakah yang menjadi lidah rasmi parti itu.

Cakap bab perbezaan pandangan dan pemikiran, teringat saya buruk kelaku sesetengah pihak berjawatan tinggi dalam PAS yang berkempen ke sana sini supaya diharamkan buku tulisan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu sendiri, Dr Mujahid Yusof Rawa bertajuk "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme". Mula-mula saya rasa kelakar, nak haramkan lagu mana? PAS bukan kerajaan yang boleh haramkan buku orang. Kalau haramkan dengan cara larang ahli beli pun, kalau ahli-ahli beli jugak, apa depa nak buat?

Selepas rasa kelakar, yang tertanam dalam jiwa saya ialah penolakan terhadap sikap diktator di sebalik tindakan itu. Belum perintah dah nak jadi diktator.

Saya meluat sangat dengan sikap itu. Dr Mujahid tidak tulis dalam lidah rasmi PAS seperti Wan Saiful. Dia tulis dalam buku dia sendiri. Apa hak hang nak haram buku orang?!!

Saya harap Idris tidak mewakili pemikiran ala diktator itu. Idris muda lagi. Baru 40an. Jangan buat kelaku yang menjadi hobi utama diktator-diktator tua yang semakin nak dipupuskan oleh rakyat. Saya juga berharap Idris dapat membebaskan dirinya dari aliran pemikiran kuno yang menjadi hukum-hakam yang wajib bagi sesetengah pemimpin PAS.

Dalam zaman rakyat bangkit memprotes pemimpin ini, kekuatan PAS bukan berpaksi kepada aliran pemikiran kuno yang mewajibkan thiqah dan wala' kepada para pemimpin. Contohnya, bila pemimpin berkendak politik dalam gelap dengan Umno, adakah PAS kuat semula, tidak berpecahbelah dan bersatupadu semula bila dijerit-jerit kononnya Majlis Syura dah bersidang sebelum berkendak dalam gelap? Tak. PAS mengalami perpecahan paling teruk hari ini sejak 1982 (Bab Majlis Syura tu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebut dalam Dewan Rakyat dia tak tau apa. Abdul Halim ialah Ahli Majlis Syura).

Memang thiqah dan wala' ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar kita terima dengan patuh dan kasih kepada Allah s.w.t. Tetapi thiqah dan wala' di tangan sesetengah para pemimpin PAS akhirnya telah menjadi aliran pemikiran kuno yang menjadi hobi utama para diktator.

Dan, kepada Wan Saiful pula, kena la ingat. Harakah tu lidah rasmi PAS. Utusan Malaysia pun tak pernah dinobatkan sebagai lidah rasmi Umno walaupun itulah hakikat. Bila nak tulis dalam lidah rasmi parti, agak-agak la... Mengaji sampai England, takkan tak reti-reti.

Saturday, February 19, 2011

UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran

Oleh: Merdeka Review

Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun. Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008. Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.

Namun, senario politik telah berubah. Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS. Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran. Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Pakatan DAP-PAS

PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini. DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen. Malah, untuk kali pertama DAP menyiarkan iklan di akhbar Cina, Sin Chew Daily (1/4 muka surat di edisi tempatan) setiap hari - untuk PRK yang ditandingi rakan parti. Menurut Penasihat Strategi Pilihanraya, Liew Chin Tong, daripada 14 PRK yang berlangsung, hanya PRK Bukit Gantang (ditandingi Nizar Jamaluddin) dan PRK Sibu (ditandingi DAP sendiri), yang mampu menyamai PRK Tenang dari segi sumber yang dicurahkan oleh DAP.

Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP. Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai. Dalam pilihan raya yang lalu, DAP yang bertanding kerusi parlimen Labis memperolehi lebih undi Cina di kawasan DUN Tenang berbanding PAS, sementara PAS memperolehi undi yang lebih banyak daripada DAP di kawasan Melayu. Tidak sukar untuk menjelaskan fenomena ini - sesetengah penyokong DAP menolak calon PAS, manakala sesetengah penyokong PAS tidak yakin dengan calon DAP.

Antara faktor yang menjurus kepada fenomena ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah oleh Barisan Nasional dalam ruang wacana. Dalam PRK Tenang kali ini, MCA menyerang PAS yang kononnya membawa Islam yang ekstrem, sementara UMNO menyerang PAS kerana mengkhianati agama dan bangsa - manifestasi wacana tradisional yang digunakan BN.

Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat. Dalam empat peti undi yang mana kadar pengundi Cinanya lebih tinggi, kadar undi yang diperolehi PAS pada tahun 2008 telah mengatasi kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2004, walaupun masih belum terjangkau kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008. Dalam PRK Tenang kali ini, kadar undi yang diperolehi PAS di Labis Tengah hampir menyamai kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008!

Seandainya fenomena ini juga berlaku di dua kawasan pengundian yang berdekatan (iaitu Labis Timor dan Labis), ia membawa makna bahawa komuniti Cina telah melihat dan menerima DAP-PAS sebagai satu gabungan. Pengundi Cina DAP menyokong PAS, lebih kurang keadaannya sebagaimana pengundi Melayu UMNO menyokong MCA.

PAS dan undi Melayu

Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu? Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina. Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

Sememangnya, terdapat sesetengah pemimpin dari golongan konservatif yang agak gelisah apabila PAS semakin bergerak ke tengah. Namun, PAS adalah sebuah parti yang pragmatik. Meskipun melihat kegagalan sebagai ujian daripada Tuhan, namun kemenangan tetap akan diiktiraf. Misalnya, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kanan) yang meraih sokongan bukan Melayu, meskipun kehilangan sedikit sokongan Melayu - tetap disanjung tinggi akar umbi partinya. Pemimpin yang popular di kalangan bukan Melayu seperti Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, juga tidak tersingkir dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam parti.

Pemimpin PAS yang saya kenali tidak bimbang dengan kebangkitan pengaruh DAP. Mereka hanya mengeluh kerana kadar pengundian Cina yang rendah sehingga gagal menghakis undi majoriti BN. Di kubu UMNO, ada kalanya PAS langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan pengundi. Jadi, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila PAS kehilangan sedikit undi Melayu ketika dalam PRK.

Mengapa PAS tetap tenang ketika berdepan dengan asakan demi asakan dari UMNO, malah tidak khuatir bahawa dirinya mungkin berakhir sebagai MCA? Pokoknya, PAS agak yakin dan berpegang kuat pada ideologinya. Mereka tenang ketika menghambat kuasa, maka sanggup bersikap fleksiber dalam pendirian partinya, tetapi tidak berganjak dari prinsipnya. Berbanding MCA, yang kekosongan dalam "ideologinya", dengan makna kewujudannya sebagai "wakil Cina dalam kerajaan". Segala kompromi yang dilakukan pemimpin MCA dilihat sebagai demi kuasa dan kepentingan individu, lantas gagal meyakini pengundinya.

UMNO gagal mengekalkan keabsahan kemajmukannya

Jikalau pola pengundian PRK Tenang kekal, undi Melayu (dan India) kembali ke pangkuan BN pada kadar berlainan mengikut faktor tempatan, dan undi Cina pula tetap bersama pembangkang - apakah senario politik Malaysia seterusnya?

Apakah akan wujud fenomena "Melayu sebagai pemerintah, Cina sebagai pembangkang" (sebagaimana yang dipropagandakan MCA sekarang)? Secara tepat, jawapannya tidak. Ini kerana seandainya kadar sokongan Cina terhadap PR cukup tinggi, maka ramai pemimpin Melayu PKR dan PAS bakal menang di kawasan campuran. Dengan kata lain, ramai calon MCA, Gerakan dan MIC akan kecundang, dan menjurus kepada senario "Pemerintah hampir semuanya Melayu, Pembangkang pula mencerminkan kemajmukan (sungguhpun lebih banyak wakil Cina)".

Jadi, apakah ia akan menjurus kepada ketidakstabilan dalam hubungan kaum? Cuba bayangkan kabinet yang didominasi lebih 80% Menteri UMNO - semestinya menjolok mata. Maka, mungkin semua wakil rakyat MCA, MIC dan Gerakan yang "terselamat" akan diberi jawatan menteri, menjadi Mah Hang Soon (EXCO Perak) versi Persekutuan atau Subramaniam (Menteri Sumber Manusia-MIC) versi Cina.

Untuk mengekalkan keabsahan sebagai kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, maka UMNO perlu memikat hati komuniti Cina. Mana-mana tindakan yang menindas kaum Cina dan bukan Melayu akan dikecam pemimpin Cina dan bukan Melayu dalam PR. Lebih penting, tindakan tersebut akan dihujani kritikan pemimpin Melayu dan muslim PR sebagai "rasis".

Sememangnya, golongan kanan dalam UMNO akan menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan kerana memberi layanan yang baik kepada "golongan minoriti yang tidak tahu bersyukur". Maka ia akan menyukarkan Najib atau pewarisnya untuk mengimbang antara dua pihak - lantas mempercepatkan langkah kemusnahan BN.

Tembak kuda dahulu

Sebelum ini, analisa terhadap strategi untuk meleraikan BN adalah berdasarkan logik "tangkap ketua dulu jikalau nak tangkap gerombolan perompaknya" (pepatah Cina). Maksudnya, BN tidak akan tumbang selagi UMNO tidak tumbang. Maka lebih 50% Melayu diperlukan untuk menyokong PR demi menjatuhkan UMNO.

Namun, iktibar yang diperolehi selepas PRK Tenang adalah, "tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang di atasnya". Seandainya MCA dan parti komponen BN yang menjadi tunggangan UMNO ditembak, maka UMNO perlu turun dari kuda dan berperang secara dekat - tanpa diselindungi mitos politik "perkongsian kuasa".

Dari sudut ini, mungkin ramai pengundi Cina yang gagal mengundi "huan" (tukar) kali ini kerana trak kerajaan enggan membawa mereka ke pusat pengundian. Namun, sebahagian keputusan ini memberi isyarat bahawa, seandainya pola pengundian Cina ini berulangan di kawasan lain, soal "Tukar" hanyalah persoalan masa sahaja.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 3 Februari 2011.

Wednesday, February 16, 2011

DIMANA ADA PENINDASAN – DISITU ADA PERLAWANAN

Sebelum saya berkesah tentang Mesir lebih baik saya buka sadikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih muda sangat ketika Presiden Marcos dari Pilipina dan Presiden Suharto dari Indonesia berada dipuncak kuasa. Mereka berdua adalah diantara beberapa orang ditaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.

Di zaman Perang Dingin – perang idealoji sosialis lawan kapitalis - Amerika memilihara berpuluh puluh ekor ditaktor. Di Latin Amerika dan di Afrika bersepah sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Assia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan semuanya dibawah junta tentera dan ditaktor.

Di zaman inilah Marcos dan Suharto wujud. Kedua-dua Presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik tahtha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan alat senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin : mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.

Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Pilipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Suharto di humbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi Presiden selama 30 tahun.

Kedua-dua Presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihanraya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yangh direka-reka.

Mari kita kembalai kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika ini sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Suharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarkan tentera. Jangan silap baca – politik moden Mesir sesudah perang dunia ke dua bukan politik pro Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.

Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strateji politik, perniagaan dan militer kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.

Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia ke dua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Russia.

Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki baki dari Empire Ottoman sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera Naseer telah melihat bagaimana bumi Arab di racik-racik oleh kuasa kolonial British dan Peranchis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.

Pada tahun 1952 Naseer dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari tahtha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Naseer dari Mesir.

Pengaruh Naseer bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syrian pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan stratejik Nasser untuk menentang pengaruh zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.

Pada tahun 1955 , Naseer, Chao En Lai dan Sukarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Naseer dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Naseer dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.

Kuasa imperial British, Peranchis dan Israel tidak senang tidor dengan Mesir di bawah pimpinan Naseer. President Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memilik negarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britaian, Peranchis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia ke dua. Kuasa imperilis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di timur tengah.

Pada awalnya – seperti Perjanjian Bandung - Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Russia. Akhirnya Russia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Russia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan , malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.

Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang di tentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo China Amerika sednag dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab- Mesir.

Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelamakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel-nya. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.

Dizaman Nasserlah kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Naseer juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.

CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti komunis dan anti gulungan progresif. CIA telah memilihara dan mendukong parti Muslim Adik Beradik atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.

Dasar-dasar Naseer yang anti Amerika selalu mendapat tentang dari parti Muslim Adik Beradik. Amat jelas di zaman ini parti Muslim Adik Beradik ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nassser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan Parti Muslim Adik Beradik Mesir.

Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.

Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin di rampas Israel hingga ke hari ini. Sinai wilayah Mesir di rampas oleh Isreal.

Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan wafat. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.

Pengganti Naseer ialah Anwar Sadat. Anwar Sadt juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari tahtha.

Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politk yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis President Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin – Mossad dan CIA – terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.

Pada 28 September 1970 Dia diberitakan wafat. Matilah seorang nasionalis Arab. Maka menangislah seluruh warga Mesir. Menangislah seluruh warga Arab. Radio Republik Mesir hanya menyiarkan ayat-ayat Quran. Hanya Umi Kalthum perawi Mesir yang kedengaran di radio membawakan shaer dan qasidah tentang perjuangan bangsa Arab.

Dataran Tahrir - dataran yang itulah – muntah ruah dengan manusia. Berpuluh ribu warga Mesir berduyun- duyun ke jalan raya untuk menyatakan selamat tinggal kepada seorang lelaki Arab. Lelaki ini - Gamel Abdel Nasser saorang sosialis, saorang nasionalis – pemula sejarah moden dunia Arab sama seperti Bung Karno untuk dunia Melayu.

Anwar Sadat – ketika itu Naib Presiden dari Parti Sosialis Nasional telah dilantik untuk menggantikan Nasser. Anwar Sadat juga datang dari kumpulan Free Officers Movement yang telah merampas kuasa pada tahun 1952 dan menjadikan Mesir sebuah republik.

Ketika Anwar Sadat mula duduk di kerusi Presiden, Perang Dingin sedang bergolak dengan hangat. Timur Tengah sedang panas membara. Kuasa imperialis Amerika sedang diguddam. Bala tentera Amerika – kuasa yang terkuat dalam dunia ini sedang sedang senak digasak oleh gerila pembebasan rakyat Indo-China. Zionis Israel anak piliharan Amerika adalah musuh utama rakyat Arab.

Di waktu ini juga Soviet Union masih tegak memimpin rakyat dunia untuk bangun menentang kuasa imperialis Amerika. Republik Mesir adalah kawan baik Soviet Union. Tentera Mesir dilatih dan dibekalkan senjata oleh Russia dan Eropah Timur. Senjata-senjata tercanggih Soviet Union semuanya dibekalkan kepada Mesir yang dilihat sebagai pemimpin negara-negara Arab yang lain.

Anwar Sadat pada awalnya tidak memiliki ketrampilan saperti Nasser. Malah dijangkakan sosok yang bernama Sadat ini mungkin duduk di kerusi Presiden untuk sementara sebelum muncul seorang lagi pemimpinan Arab seunggul Naseer. Anggapan ini salah. Sadat merancang dengan licik.

Tiga tahun sesudah menjadi Presiden Mesir, Anwar Sadat bersama Hafeez Al-Assad dari Syria telah menyerang Israel. Ini berlaku di bulan Ramadan 1973. Perang Ramadan ini memeranjatkan Israel. Tentera Mesir telah berjaya menerbus masuk dan memecahkan tembok Bar Lev. Ini ialah kubu dan tembok pertahanan tentera Israel yang dibuat di sebelah Timur Terusan Suez. Bar Lev di heboh heboh sebagai wilayah yang tidak mungkin dapat dibolos. Wilayah ini asalnya telah dirampas oleh Isreal dari Mesir pada perang tahun 1967.

Hampir dua minggu perang berterusan sehingga Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu memaksa perang dihentikan. Dua kuasa imperial – Amerika dan Soviet Union – hampir bertelagah. Amerika menyokong Israel. Soviet Union menyokong Mesir. Dunia ketika itu tegang.

Perang Ramadan ini mengubah rupa bentuk dunia Arab. Kekalahan pada tahun 1967 kini telah dibalas. Ketika perang ini juga gerila-gerila Palestin yang telah berkampong di Lebanon telah bergerak cergas menyerang Israel dari Selatan Lebanon. Tentera zionis kelihatan telah dipukul hebat. Malah dari segi saikoloji apabila tembok pertahan Bar Lev dapat ditembusi maka semua pertahanan zionis Israel tidak lagi selamat. Mitos tentang kekebalan Israel punah ranah. Mitos tentang kecekapan tentera Israel terbongkar. Arang yang terconteng di muka Mesir dan Arab telah dibersihkan.

Anwar Sadat yang dahulu dianggap ‘ budak kemetot’ kini dinobatkan sebagai wira baru untuk dunia Arab. Sadat telah berjaya mengalahkan bala tentera Israel. Hafiz al-Assad Presiden Syria juga turut sama menerima julangan dari warga Arab.

Paling memeranjatkan ialah tindakan solidariti bersama rakyat Mesir dari al-Malik Faizal. Raja Saudi ini telah mengarahkan semua pam, saluran, talian, laluan dan tangki minyak dihentikan. Tidak ada setitik minyak yang mengalir keluar dari Saudi Arabia. Langkah al-Malik Faizal ini menggemparkan dunia kapitalis. Harga minyak mentah melonjak naik. Dari sinilah munculnya sejarah petrodolar dan kuasa Opec. Disinilah bermulanya kesah kekayaan negara negara Arab pengeluar minyak.

Tetapi kaum zionis dan kaum pemodal terus merancang. Setahun kemudian al-Malik Faizal ditembak mati oleh anak buahnya yang baru balik dari Amerika Syarikat. Si pembunuh ini telah ditafsirkan tidak waras. Tetapi kematian raja Saudi ini dilihat sebagai satu konspirasi untuk memastikan tidak ada lagi raja atau emir atau pemimpin Arab yang berani melakukan tindakan yang menentang kepentingan imperilais dan kaum pemodal. Pembunuhan Faizal adalah langkah untuk menakutkan pemimpin Arab dan pemimpin negara Dunia Ketiga yang lain agar jangan berani ‘ngelencong’ dari dasar pro Amerika dan pro Israel.

Sementara itu di Mesir Presiden Anwar Sadat semakin menampakan belang politiknya. Dengan penghormatan yang telah diberikan oleh rakyat Mesir dan warga Arab, Sadat telah menjadikan dirinya lebih berani. Sadat perlahan-lahan meninggalkan dasar ekonomi sosialis Naseer. Kuasa dan harta kekayaan telah mula mengkaburi mata Sadat. Dalam masa yang sama jarum Amerika dan zionis telah mula merasok Anwar Sadat.

Dengan alasan Soviet Union enggan memberikan senjata senjata terbaru dan tercanggih, Sadat mula rapat dengan Amerika. Ketika ini seorang zionis bernama Henry Kessinger telah melihat bahawa Sadat boleh dimasukan ke dalam saku Amerika. Maka bemulalah apa yang dipanggil ‘ diplomasi ulang alik ‘ – Kessinger berulang alik antara Cairo dan Tel Aviv untuk menyediakan pentas agar dua musuh ketat ini dapat duduk semeja dan berunding.

Ini sebenarnya ialah perancangan licik kaum zionis untuk memisahkan Mesir – negara Arab terkuat - dari perjuangan Arab Palestine. Rancangan telah dibuat untuk memandulkan Mesir dari memainkan peranan sebagai pemimpin negara Arab. Satu ketika dahulu pernah menjadi kata-kata klise : buku ditulis di Mesir, di cetak di Lebanon dan di baca di seluruh bumi Arab. Inilah hakikat penghormatan yang diberikan kepada Mesir pada satu ketika dahulu. Ini kerana Mesir ada gudang dan sarang pemikir Arab manakala Lebanon hanya penuh dengan kaum pedagang.

Akhirnya kaum zionis dan imperialis Amerika berjaya dengan projek memandulkan Mesir. Perjanjian antara Mesir dan Israel ditanda tangani oleh Anwar Sadat dengan Menachem Begin bagai pihak Israel pada thun 1978. Jimmy Carter sebagai Presiden Amerika telah menjadi saksi. Ini dinamakan Perjanjian Camp David.

Perjanjian damai antara zionis Israel dengan Mesir ini membawa implikasi yang maha dalam. Ianya menusuk ke jantung dan nadi perjuangan rakyat Palestine. Mungkin ramai yang kurang sedar bahawa PLO itu ditubuhkan di Mesir atas dorongan Presiden Nassser. Di zaman Naseerlah PLO memulakan slogan : berjuang hingga menang. Kini perjuangan rakyat Arab menentang zionis Israel telah tempang.

Dari segi ekonomi Sadat memulakan apa yang dipanggil dasar ‘infitah’. Infitah adalah dasar penswataan dan keterbukaan. Mesir mula dibuka kepada kaum pemodal antarabangsa. Banyak syarikat kepunyaan negara kini di swastakan. Dengan perlahan-lahan tentera yang dibangunkan oleh Nasser sebagai perjuang Arab kini dirasuah dan di beli oleh oleh Sadat. General dan ketua tentera mula menjadi CEO, pengarah syarikat atau peniaga. Israel yang dahulunya dilihat sebagai musuh kini menjadi rakan niaga.

Dasar Sadat ini ditentang oleh kaum kiri, parti Ikhawan dan parti lama Anwar Sadat sendiri. Parti Islam terus menjadi sasaran kerana Ikhwan Muslimin atau Parti Muslimin Adik Beardik ini dibaca oleh Sadat sebagai penentang tegar dasarnya. Kaum komunis dan kaum kiri Mesir juga menerima pukulan hebat dari Sadat. Penentang-penentang Sadat ini banyak yang berakhir dalam penjara dan diseksa.

Kaum kapitalis, kaum pemodal, imperialis Amerika dan Israel merayakan Sadat. Sadat diperlihatkan sebagai contoh pemimpin Arab yang berani membawa perubahan untuk rakyatnya. Lubang-lubang Sadat - lubang atas dan lubang bawah kembang kempis kerana julangkan ini. Pembelotan dan kezaliman Sadat ini sentiasa diperhatikan dengan rapi oleh rakyat Mesir dan Palestine. Kritikan dari pemimpin Arab yang melihat Sadat belot dari perjuangan Arab telah tidak diendahkan oleh Anwar sadat.

PLO dan perjuangan rakyat Palestine menerima pukulan yang terok. Tanpa sokongan Mesir PLO kini menghadapai banyak masalaah. Tekaan terus dikenakan kepada PLO dan orang-orang pelarian Palestine. Wilayah selamat PLO di Lebanon juga berakhir. Perjuangan gerila Palestin makin terdesak.

Anwar Sadat kini merasa bahawa dirinya telah diterima sebagai salah seorang pemimpin dunia yang unggul. Sadat mendapat hadiah Nobel. Dia disambut dengan permaidani merah di Rumah Puteh dan di Tel Aviv. Media barat juga mengangkat-angkat Sadat hingga ke awan. Media Barat juga tidak jujur. Medua Barat tidak melaporkan tentang penjara Sadat yang penuh dengan tahanan politik.

Semuanya berubah pada pagi 6 – Oktober 1981 apabila Lefternan Khalid Islambouli dari kumpulan Jihad Islam menembak mati Presiden Anwar Sadat. Presiden Sadat ketika itu sedang menyaksikan perarakan tentera untuk mengingati hari tentera Mesir berjaya melintasi terusan Suez dan memecahkan tembok Bar Lev Israel pada Oktober 1973. Di hari yang bersejarah itu Anwar Sadat dibunuh. Anwar Sadat digantikan pula oleh Hosni Mubarak.



Oleh: (TT)