Monday, January 9, 2012

Peristiwa semalan,hari ini dan esok

7,8 dan 9 Januari 2012 merakamkan peristiwa penting dalam arena politik tanahair.Semalam berlangsung Himpun Sejuta Ummat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah yang diadakan di Stadium Tertutup Paroi,Seremban,Negeri Sembilan.Antara yang berucap adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor YB Dato’ Dr Hassan Ali dan mantan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.Perhimpunan yang mendapat permit dan sebaran yang meluas di seluruh negeri malah disebut dengan jelas dalam bahagian pertama Khutbah Jumaat 6 Januari di semua masjid telah gagal dari segi kehadirannya. Akhbar Utusan melaporkan hanya 3500 orang manakala Berita melaporkan hanya 3000 orang yang hadir lansung tidak menggambarkan sambutan hangat dari umat Islam di negeri yang terkenal dengan adat perpatih nya.Jumlah kehadiran sebenar jauh lebih rendah dari yang dilaporkan kerana kebiasaannya mereka akan membesarkan program anjuran pro kerajaan dan memperkecilkan program anjuran pro pembangkang.

8 Januari,Mesyuarat AJK PAS Pusat pula membuat keputusan memecat YB Dato’ Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berdasarkan fasal 82(9) Perlembagaan PAS.Tuan Guru Presiden mengumumkan keputusaan dibuat berdasarkan kepada tindakan YB Dato’ Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti .Tindakan pecat keahlian terhadap YB Dato’ Dr Hasan Ali tentu telah diperhalusi untuk kepentingan parti dan bukan semata-atas desakan pihak lain.Beliau seolah-olah sengaja meminta untuk dipecat apabila berterusan bertindak bersendirian dalam banyak isu yang bertentangan dengan kepentingan parti.Pimpinan PAS telah memberi amaran dan signal dengan menggugurkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor manakala ahli-ahli di peringkat akar umbi telah memberi signal dengan mengenepikannya sebagai calun PRU ke 13nanti .Terakhir ,PAS telah menerima permohonan maaf beliau selepas beliau menggunakan media musuh mempertikaikan keputusan Muktamar yang mengutarakan tema Negara Berkebajikan.Semua pihak perlu menerima keputusan drastik ini seumpama perlunya membuat keputusan memotong anggota yang terkena penyakit kencing manis agar penyakit tidak merebak kepada anggota badan yang lain dan pesakit dapat disembuhkan.YB Dr Hassan Ali tidak perlu kesal kerana inilah jalan yang beliau pilih sendiri.Bukankah beliau pernah berkata perjuangan mempertahankan bangsa ,raja-raja dan agama tidak semestinya melalui wadah PAS sahaja ?

Esok 9 Januari,penentuan samaada YB Dato’ Seri Anwar akan dibebaskan dari tuduhan liwat II atau akan dihumban ke dalam penjara untuk beberapa tahun yang dijangka akan menamatkan karier politik beliau.Keputusan sudah lama ada ditangan hakim.Esok Yang Arif akan membacakan keputusan pengkakiman Ribuan Penyokong Pakatan Rakyat telah memenuhi dan sedang menuju Kuala lumpur untuk menyokong perhimpunan 901.Ribuan aggota polis juga dari pelbagai unit telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Malam ini sebelum tidur marilah kita berdoalah dan dirikan solat hajat mudah-mudahan ketiga-tiga peristiwa penting yang berlaku semalam,hari ini dan esok akan membawa kebaikan kepada rakyat dan kemakmuran kepada negara di masa akan datang.Wallahuaklam.

Wak Gompoor