Seronok
menggunakan handphone ! Perhubungan menjadi mudah dan efektif.Rata-rata
pengguna membelanjakan RM 50 hingga RM 200 sebulan yang pastinya memberi
keuntungan kepada operator telekomunikasi .Akta Telekomunikasi menjamin setiap
panggilan telefon adalah peribadi ,rahsia dan tidak dibenarkan pencerobohan
walaupun operator telelekomunikasi mampu merekod dan menyimpan setiap perbualan
dan sms anda untuk beberapa bulan lamanya.
Kebanyakan
pengguna tidak sedar setiap perhubungan mereka boleh dicuri dengar dengan
menggunakan peralatan khas yang bersesuaian dengan frequensi yang dipancarkan
oleh operator telekomunikasi.Peralatan canggih telah digunakan secara meluas
terutamanya oleh agensi yang berkempentingan untuk mengintip kerahsiaan terutama di pihak
pembangkang.Mereka hanya perlukan nombor handphone dan lokasi anda berada
dengan jarak sehingga 4 km setiap perbualan
mampu dirakam sepuas-puasnya tanpa batasan sambil bersandar dalam kereta.
Petugas
parti sering mengeloh ,setiap pergerakan ,perancangan ,perbualan dan sms samada
bersifat peribadi atau organisasi telah diketahui pihak lawannya sebelum
kegiatan dilaksanakankan lagi.Untuk mengatasi pecerobohan ini , unjuran menggunakan peralatan seumpama scramblers sangat mustahil didapati kerana ia tidak semudah
membeli nombor ekor haram bahkan harganya pun
tak termampu.Nak harapkan Akta Telekomunikasi melindungi kita dalam
keadaan politik sekarang ibarat
mengharap buah tak gugur sahaja.Pakar IT Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah
mencari perisian yang mujarab untuk mengatasi permasalahan ini agar kemenangan tidak
tertangguh lagi. Pengguna pula perlu bijak dengan tidak menjadikan hanphone
sebagai media telekomunikasi utama anda. Gunakanlah handphone hanya
untuk urusan harian sahaja seperti betanyakan isteri hari ini masak lauk
apa , bukannya nak menyebarkan panggilan mesyuarat penting organisasi anda.