Tuesday, January 17, 2012

Manifesto Tonggak Nan Sembilan dilancar.

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah berjaya melancarkan Manifesto Pakatan Rakyat NS dalam satu acara gilang gemilang di Dataran Rakyat ,Gemas pada 15 Januari yang lalu.Pelancaran manifesto Tonggak Nan Sembilan dilakukan bersama ketiga-tiga pimpinan Pakatan Negeri Sembilan iaitu YB Hj Taufik Abd Ghani ,YB Antony Loke dan YB Dato’ Kamarulbahrin disaksikan bersama 3 pemimpin Pakatan Rakyat peringkat kebangsaan iaitu Hj Mohamad Sabu,Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

9 tonggak yang menjadi sandaran Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat dalam PRU ke 13 akan datang adalah seperti berikut:

Tonggak 1:Rakyat itu tuan.

Tonggak 2: Rakyat nan senang dan sejahtera.

Tonggak 3:Rakyat nan bertelapak.

Tonggak4 :Rakyat nan berilmu .

Tonggak 5:Rakyat nan berakhlak.

Tonggak 6:Rakyat nan aman dan mencintai alam

Tonggak 7:Rakyat nan selesa.

Tonggak 8: Wanita dimertabatkan,rakyat nan muda disayangi,nan dizalimi dibela dan nan tua disantuni.

Tonggak 9:Rakyat yang berbudaya dan beradat.

Himpunan yang dihadiri hampir 10 000 orang menyesakkan pekan kecil Gemas malam itu menyaksikan 6 peminpin Pakatan Rakyat menyampaikan pidato masing-masing yang menjuruskan kepada persiapan dan keyakinan mereka membentuk kerajaan di Negeri Sembilan dan Putrajaya dalam PRU 13 akan datang.Nama Gemas menjadi sebutan ramai dan terkenal seluruh dunia apabila Projek NFC di Gemas yang dibiayai dana kerajaan 250 juta dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil didedahkan menyalahgunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi seperti membeli kondo mewah,membeli kereta mewah,pemindahan wang keluar negara dan lain-lain penyelewengan yang terdedah satu persatu.

Wednesday, January 11, 2012

Ciptalah sejarah di Tampin.

Ketika semua orang sibuk memperkatakan pembebebasan Anwar Ibrahim,5 petugas PAS dari Gemencheh ditahan reman berikutan insiden koyak poster program Rapat Rakyat oleh mereka yang mengaku pekerja Majlis Daerah Tampin.Mereka yang ditahan pada 11.30 malam 9 januari lalu adalah Sdr Zanil Subuh Ketua Penerangan PAS Kawasan Tampin, Mohamad ,Shamsudin ,Musa dan Mohd Noor.
Wak tak nak ulas punca berlakunya insiden tersebut kerana suhu politik yang sentiasa panas memudahkan berlakunya sebarang kemungkinan.Mutakakhir ni ,wak tengok Majlis Daerah Tampin terlalu rajin mengoyakkan poster ceramah anjuran pembangkang disekitar Gemencheh dan Gemas seolah-oleh menjadi tugas hakiki mereka..Pantang nampak poster pembangkang pakai tak bersisalah dikerjakanya mengalahkan lembu feedlot yang yang jadi isu nasional di Gemas.Yang herannya poster-poster lain tak pulak diusik.Majlis sudah tentu memperuntukan bayaran lebih masa kapada pekerja mereka sedangkan tugas tersebut selalunya dilakukan budak-budak upahan UMNO.Tolonglah ambil kira duit bayaran lebih masa tu datang dari cukai yang dikutip dari rakyat tak kira dari mana-mana parti Tugas hakiki Majlis seperti menjaga kebersihan dan menceriakan persekitaran dibuat sambil lewa pulak.
Yang Di Pertua Majlis datanglah melawat pekan Pasir Besar kalau-kalau ada nampak berderatan lampu jalan menerangi suasan malam dan rimbunan pepohon bunga menghijau menyejukkan pemandangan.Lepas tu jangan lupa melawat tandas awam dibelakang tapak expo sebab disitulah letaknya tandas bertaraf 5 bintang yang menjadi kebanggaan orang Tampin ,sesuai dengan logo Tampin Bersih dan Indah.Cuma Wak nak ingatkan jangan bawa orang yang ada sakit jantung nanti dikhuatirkan akan tercipta satu lagi sejarah .

Wak Gompoor
1101

Monday, January 9, 2012

Peristiwa semalan,hari ini dan esok

7,8 dan 9 Januari 2012 merakamkan peristiwa penting dalam arena politik tanahair.Semalam berlangsung Himpun Sejuta Ummat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah yang diadakan di Stadium Tertutup Paroi,Seremban,Negeri Sembilan.Antara yang berucap adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor YB Dato’ Dr Hassan Ali dan mantan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.Perhimpunan yang mendapat permit dan sebaran yang meluas di seluruh negeri malah disebut dengan jelas dalam bahagian pertama Khutbah Jumaat 6 Januari di semua masjid telah gagal dari segi kehadirannya. Akhbar Utusan melaporkan hanya 3500 orang manakala Berita melaporkan hanya 3000 orang yang hadir lansung tidak menggambarkan sambutan hangat dari umat Islam di negeri yang terkenal dengan adat perpatih nya.Jumlah kehadiran sebenar jauh lebih rendah dari yang dilaporkan kerana kebiasaannya mereka akan membesarkan program anjuran pro kerajaan dan memperkecilkan program anjuran pro pembangkang.

8 Januari,Mesyuarat AJK PAS Pusat pula membuat keputusan memecat YB Dato’ Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berdasarkan fasal 82(9) Perlembagaan PAS.Tuan Guru Presiden mengumumkan keputusaan dibuat berdasarkan kepada tindakan YB Dato’ Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti .Tindakan pecat keahlian terhadap YB Dato’ Dr Hasan Ali tentu telah diperhalusi untuk kepentingan parti dan bukan semata-atas desakan pihak lain.Beliau seolah-olah sengaja meminta untuk dipecat apabila berterusan bertindak bersendirian dalam banyak isu yang bertentangan dengan kepentingan parti.Pimpinan PAS telah memberi amaran dan signal dengan menggugurkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor manakala ahli-ahli di peringkat akar umbi telah memberi signal dengan mengenepikannya sebagai calun PRU ke 13nanti .Terakhir ,PAS telah menerima permohonan maaf beliau selepas beliau menggunakan media musuh mempertikaikan keputusan Muktamar yang mengutarakan tema Negara Berkebajikan.Semua pihak perlu menerima keputusan drastik ini seumpama perlunya membuat keputusan memotong anggota yang terkena penyakit kencing manis agar penyakit tidak merebak kepada anggota badan yang lain dan pesakit dapat disembuhkan.YB Dr Hassan Ali tidak perlu kesal kerana inilah jalan yang beliau pilih sendiri.Bukankah beliau pernah berkata perjuangan mempertahankan bangsa ,raja-raja dan agama tidak semestinya melalui wadah PAS sahaja ?

Esok 9 Januari,penentuan samaada YB Dato’ Seri Anwar akan dibebaskan dari tuduhan liwat II atau akan dihumban ke dalam penjara untuk beberapa tahun yang dijangka akan menamatkan karier politik beliau.Keputusan sudah lama ada ditangan hakim.Esok Yang Arif akan membacakan keputusan pengkakiman Ribuan Penyokong Pakatan Rakyat telah memenuhi dan sedang menuju Kuala lumpur untuk menyokong perhimpunan 901.Ribuan aggota polis juga dari pelbagai unit telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Malam ini sebelum tidur marilah kita berdoalah dan dirikan solat hajat mudah-mudahan ketiga-tiga peristiwa penting yang berlaku semalam,hari ini dan esok akan membawa kebaikan kepada rakyat dan kemakmuran kepada negara di masa akan datang.Wallahuaklam.

Wak Gompoor

Saturday, January 7, 2012

Keimanan Abdullah bin Ummi Makhtum

Kelmarin ,Wak sempat mengikuti Usrah Umum dwi bulanan PAS Kawasan Tampin yang dipimpin seorang ulama muda lulusan Al Azhar dan sedamg menyaipkan master di universiti ternama di Kuala Lumpur.Wak ingat nak kongsi sikit sebahagian intipati perbincangan untuk tatapan sahabat-sahabat yang tidak hadir kerana urusan jamaah atau apa saja urusan dunia yang lain atau sesiapa pun yang ingin mengutip ilmu dan pengajaran.Perbincangan malam itu adalah berkisar kepada tafsiran kepada Surah An Nisaa’ ayat 95:

95. Tidaklah sama keadaan orang-orang Yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang Yang beriman - selain daripada orang-orang Yang ada keuzuran - Dengan orang-orang Yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) Dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) Dengan kelebihan satu darjat. dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan Dengan balasan Yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) Dengan pahala Yang amat besar;

Diriwayatkan bahwa rasulullah s.a.w telah meminta Zaid bin Tsabit untuk menulis ayat tersebut. Pada peringkat awalnya tidak ada ayat yang menyebut pengeculainya .Maka tesebarlah keseluruh Madinah akan kelebihan orang yang beriman keluar berjihad di jalan Allah berbanding orang beriman yang duduk diam sahaja.Apabila ayat ini sampai kepada sahabat yang buta matanya bernama Abdullah bin Ummi Makhtum (salah seorang dari muadzin (Juru azan) Rasulullah s.a.w ),beliau telah bertemu dengan Rasullullah dalam keadaan menangis terisak-isak mengadukan hal tentang kekurangan beliau untuk mendapatan kelebihan keluar berjihad .Rasulullah memanggil semula Zaid Ibn Tsabit untuk menulis ‘selain dari orang yang ada keuzuran”.

Kisah ini tidak terhenti di sini sahaja.Ketika pemerintahan Khalifah Saidina Omar Al Khattab ,berlaku seruan untuk keluar berperang menentang musuh dari Parsi.Ketika itu tampillah Abdullah bin Ummul Makhtum yang buta itu di hadapan khalifah lengkap dengan pakaian baju besinya lalu berseru “wahai Amirul Mukminin,cukuplah Rasullullah dan Abu Bakar menghalang aku dari menyertai perang ,janganlah engkau menghalang aku kali ini untuk mendapatkan kelebihan berjihad di jalan Allah!Engkau tugaskanlah aku memegang panji Islam kerana aku seorang yang buta.Jika engkau tugaskan kepada orang lain ,mereka akan nampak musuh yang ramai datang dan kemungkinan ia akan lari.Berikan tugas itu kepadaku ,nescaya aku tidak akan lari kerana aku tidak nampak mereka”.Omar akhirnya akur dengan permintaan beliau.Perang yang dahsyat berlangsung selama tiga hari berturut-turut .Selepas perang berakhir ,ketika pemeriksaan dilakukan Abdullah bin Ummul Makhtum ditemui syahid dalam keadaan tangannya masih memegang erat panji.Masyaallah .

Wak bawakan kisah ni supaya sahabat-sahabat dapat suntikan motavasi agar merebut kelebihan turun berjihad dalan konteks demokrasi moden hari.Wak tengok ,tuan-tuan bukan saja tidak buta ,malah hensem ,tegap ,sihat,cerdik ,punya harta dan dinar,bertaraf intelek dan punya banyak kelebihan lain.Turunlah berjihad ketika semua kelebihan masih ada untuk bekal ketika semua yang dipinjamkan sudah tiada.Wallahuaklam

Wak Gompoor

Thursday, January 5, 2012

Pendaftaran PASTI Tampin memberangsangkan.

Semalan hari pertama persekolahan sesi 2012. Wak sempat bersembang dengan Pengurus Unit PASTI Al Basyir untuk melihat perkembangan terbaru.Kat Tampin ni ada 4 buah PASTI .Dikhabarkan ,di Gemas para sukarelawan PASTI sedang membuat persiapan terakhir untuk menubuhkan satu lagi PASTI untuk penduduk di Pekan Gemas.Wak setuju sangat dan berharap usaha mulia ini menjadi kenyataan.Gemas merupakan kawasan pinggir bandar yang ramai penduduk ,pruduktif dan berkerjaya memang berpotensi menjadi lembah yang subur untuk mengembangkan PASTI lebih subur dari lembah ternakan lembu negara.

PASTI Al Ansori,di Taman Clonlee Tampin ,30 orang murid baru mendaftar menjadikan hampir 60 orang semuanya.Pengurus unit wajar memikirkan Al Ansori 2 supaya lebih ramai pelajar dapat dididik di masa akan datang.Tahniah Cukgu Mat,Hj Razak ,Sdr Yusuf ,Sdr Fadhullah dan lain-lain kerana kejayaan tidak akan dapat dicapai melainkan dengan hasil usaha bersungguh-sungguh tuan-puan semua.

PASTI AL Azhar di Gemencheh, pendaftaran murid semua berjumlah melebihi 20 orang ,manakala PASTI Nur Ahmadiah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah mencatat kenaikan murid kepada 13 orang.Kedua-dua PASTI ini memasuki tahun ke 2 operasi pada tahun ini.Usaha berterusan dan bersungguh-sungguh wajar di teruskan mempromosikan kewujudan PASTI kepada masyarakat tempatan.

Sementara itu, PASTI Al Basyir di Taman Pasir Besar mendaftar 19 murid pada sesi tahun ini.Wak rasa kalau tidak ada usaha penculikan pendaftaran oleh pesaing-pesaing PASTI,murid Al Basyir boleh menjangkau 30 orang.Sejak 2 tahun ni ,mereka menelefon dan memujuk ibu bapa murid 4 tahun dan 5 tahun agar meninggalkan PASTI.Sebelum wujudnya PASTI Al Basyir mereka rasa cukup dengan 1 kelas sahaja tetapi sekarang sibuk nak tambah kelas pula.Nasib baik Wak ni penyabar.Wak yakin dengan misi dan visi Dasar Pendikan Islam yang yang diamalkan oleh PASTI seluruh Malaysia mampu menyedarkan mereka.

Teringat pulak pesanan Pengarah PASTI Negeri Sembilan, Ustaz Nazree yang meminta bakal-bakal calun PRU 13 nanti datang ke PASTI yang berhampiran pada hari pembukaan semalam agar dapat mengambil hati ibu-bapa pelajar.Wak kira mereka yang ghairah nak jadi calun dari seluruh negeri tentu telah berbuat demikian .Kalau tidak rugilah mereka kerana tidak cerdik merebut peluang yang ada.

Akhirnya Wak nak ucap tahniah kepada kepimpinan PASTI Kawasan Tampin, terutama kepada Cikgu Mat yang telah berjaya mentadbir dengan berkesan sepanjang tahun lepas. Semua pihak diminta memberi sokongan agar impian Tampin sebagai Lembah PASTI yang subur dapat direalisasikan. Success! Success!

Wak Gampoor
Khamis 0501

Program Ceramah PAS minggu ini.

Hari ini Wak nak war-warkan beberapa program ceramah PAS dalam masa terdekat.

1. Pelancaran BANGKIT peringkat Negeri Sembilan & Isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Tarikh: 5 hb Jan 2012 @ 9.00 mlm.

Tempat :di rumah Zul Kasma, Felda Raja Alias 4

Penceramah :

1. Mazlan Aliman (Presiden ANAK)
2.YB Taufik Abd Ghani (PJ PAS NS)
3.Dr Rosli Yaakob (TPJ 1 PAS NS)
4.YB Ng Suee Lin ( Adun DAP Sekinchan)

Orang ramai terutama warga Felda dijemput hadir.

Laporan ini disampaikan oleh Ustaz Fairuz ,Ketua Penerangan DPP Jempol ( Tel 013 3395538)


2.Ceramah Umum anjuran MTD Repah.

Tarikh :7 hb Jan 2012 @ 9.00 mlm

Tempat : Kg Pondoi ,Tampin.

Penceramah

1. Sdr Bob Lokman .
2.Ust Zakaria Khalim (YDP PAS Tampin)
3.Hj Razakek Abd Rahim(NYDP PAS Tampin)
4,YB S.Veerapan (ADUN DAP Repah)

Orang ramai di jemput hadir .Demikianlah yang dilaporkan oleh bro iskandar (017 8050938)

3. Rapat Pakatan Rakyat dan pelancaran Menifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.

Tarikh: 15 hb Jan 2012 @ 9.00 mlm

Tempat :Amira Nabila Tom Yam ,Pekan Gemas (bersebelahan pusat bowling Gemas)

Tetamu:Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

1. YB Anwar Ibrahim .(Tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Muhamad Sabu (PAS)
3.YAB Lim Guan Eng .(DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat peringkat pusat/negeri /kawasan.

Lokasi program : jika anda dari arah Tampin ,selepas ,melepasi gate keretapi,jumpa trafik light belok kiri ,terus ke lokasi .jika anda dari arah Segamat ,tawaf dulu pekan Gemas ,belok kiri menuju bus stand/pusat bowling.

Kehadiran dijangka melebihi 10000 orang.Jangan ketinggalan.Jadikan Gemas(Isu NFC) sebagai pusat graviti tsunami PRU 13 sebagai satu realiti

Demikianlah apa yang dilaporkan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Tampin,Sdr Zanil (Tel 019 6006059)

Tuesday, January 3, 2012

Wajah baru Wacana Tampin pada 2012

Assalamualaikom ,

Terima kasih kepada peminat setia Wacana Tampin yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan dokongan sejak 2008 lagi.Penghargaan juga patut diberi kepada sahabat Wak ,Teropong Ummah sebagai perintis dan peneraju Wacana Tampin yang menjemput Wak bersama-sama mengendalikan blog ini dalam mengharungi tugas politik dan dakwah khususnya untuk kawasan Tampin ini.

Dunia pengendalian blog ini sebenarnya amat baru bagi Wak walaupun umur sudah menjangkau umur warga emas.Di hujung tahung 2011 yang lalu dalam satu majlis makan di kedai saudagar Ibnu Al Basyir ,kebetulan Wak duduk disebelah Teropong Ummah telah dipelawa menyahut cabaran untuk bersama-sama Wacana Tampin.Wak beranggapan , blog kesayangan peminat politik Islam ini perlu disuntik semangat baru agar lebih segar sesuai untuk bahan bacaan untuk ahli PAS.

Untuk permulaan ini Wak tak berniat merubah format wacana Tampin ,berani,kritis dan bertanggungjawab.Wak akan melebihkan laporan aktiviti PAS dikawasan Tampin disamping teguran untuk membena sahsiah ahli dan pimpinan PAS.Wak juga akan menjemput penulis-penulis dari Unit IT Kawasan, Dewan Ulama atau sesiapa pun yang berwibawa untuk menceriakan dunia blog ini.Satu masa nanti blog ini akan Wak pastikan akan dikendalikan oleh Unit IT Kawasan.

Sekian ,jumpa lagi.

Wak Gompoor