Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.Oleh itu,
beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah
kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.“Kita jangan
bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN
sahaja,” katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke
Putrajaya Pahang baru-baru ini
Wak kira
peringatan ini tepat pada masanya berikutan telah banyak berlaku insiden keganasan oleh samseng
tajaan UMNO terhadap ahli dan pinpinan PR sehingga ada segelintir anggota PR
beranggapan pihak pasukan keselamatan sebagai musuh baru kerana sengaja
membiarkan mereka dibelasah dan kegiatan samseng itu pula dilindungi oleh
undang-undang.Yang terbaru Lim Guan Eng mengadu hampir dicederakan oleh anggota
Perkasa di Pulau Pinang sedangkan beliau sebagai Ketua Menteri perlu dilindungi
oleh pasukan keselamatan.Andaikata Lim Guan Eng dicederakan dalan insiden
tersebut kemungkinan peristiwa di PRK Bagan Pinang boleh berulang di mana
sipemukul dirawat dalam ambulan manakala yang kena pukul dimasukkan kedalam
Land Rover Polis untuk disiasat.
Dalam situasi
sekarang , PR perlu bersabar ditahap
maksima.Strategi kita perlu mengelakkan menambah musuh dan meramaikan kawan .Jika
beruk-beruk dan pokok-pokok kayu di
hutan kalau sudi pun boleh dijadikan kawan kerana ada manfaatnya kepada
perjuangan PR.