Wednesday, November 18, 2009

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

Oleh: TT

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)

Thursday, October 29, 2009

KPI PAS NS

Emel dari Rozamal Malakan yang perlu direnungkan dan diambil tindakan:

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan isu EGM PAS dsbnya , jangan lupa masyarakat sekeliling di N.Sembilan sedang memerhatikan arah tuju kita.

Apakah KPI PAS N.Sembilan peringkat Perhubungan, Kawasan, Dewan dan Cawangan ? KPI ni dah lama diamalkan sebelum Najib umum lagi.

KPI adalah satu matlamat yang praktikal untuk dicapai.

Contoh utk peringkat kawasan :

1. Menambah bilangan ahli dari 500 pada tahun 2009 ke 600 pada tahun 2010

2. Menambah cawangan aktif dari 10 pada tahun 2009 ke 12 pada tahun 2010

3. Menambah dana tabung pembangunan dari RM 1000 pada tahun 2009 ke RM 2000 pada tahun 2010

4. Menambah PASTI dari 8 pada tahun 2009 ke 10 pada tahun 2010

5. Menambah bilangan Usrah cawangan dari 3 pada tahun 2009 ke 4 pada tahun 2010

6. Menambah bilangan ahli Unit Amal yang aktif dari 5 pada tahun 2009 ke 8 pada tahun 2010

7. Menambah bilangan ahli Nisa yang aktif dari 3 pada tahun 2009 ke 5 pada tahun 2010

8. Menambah bilangan pelajar PASTI dari 800 pada tahun 2009 ke 850 pada tahun 2010

9. Menang 1 DUN pada PRU 12 ke menang 2 DUN pada PRU 13

10. Dan lagi, dan lagi , dan banyak lagi ........

Andaikata setiap kita sentiasa mengukur pencapaian diri kita, pencapaian cawangan kita, kawasan kita, dewan kita, rasanya tak ada masa kita nak tengok kelemahan orang lain.

Wassalam.

Saturday, October 24, 2009

PAS SEREMBAN AKAN BERGERAK

Khabarnya sebahagian aktivis Pas Seremban akan menjalankan aktiviti parti atas nama Pas Seremban.

Nak tunggu Pas Seremban dihidupkan entah bila.

Pas Seremban belum dibatalkan. Hanya digantung oleh Ibu pejabat sahaja.

Lebih baik ada aktiviti walaupun masih digantung daripada langsung tak ada aktiviti.

Hantam sajalah....

Friday, October 9, 2009

GENGSTER HINDUSTAN DI BAGAN PINANG

Sudah acapkali PRK selepas PRU 2008. Tidak ada kes pergaduhan. Tetapi Kali ini Pemuda Umno sudah tak mampu berlawan hujah. Maka mereka pun memabukkan diri semacam gengster filem Hindustan dan membuat tindakan ganas di Bagan Pinang.

Jika mereka sudah tak sanggup berhujjah di hadapan rakyat, maknanya Umno sudah tidak relevan di zaman terbuka ini. Menang atau kalah BN di Bagan Pinang, masa hadapannya gelap di negara ini.


Friday, September 18, 2009

CALUN BAGAN PINANG

Umno Bahagian Teluk Kemang hanya hantar nama Isa Samad sahaja sebagai calun BN di Dun Bagan Pinang. Pening Mahyuddin, takut Isa kembali semula ke persada politik.

Pas menghantar 3 nama. Semacam ada nama lain yang tak dihantar oleh Pas Kawasan. Mungkin Pas Kawasan tak mau nama tersebut atau cukuplah sekadar nama Ustaz Kassim dan nama YDPnya sahaja yang dicadangkan.

Mencari calun yang berkelayakan dalam PRK adalah satu yang memerlukan penilaian dari pelbagai sudut mengikut matlamat kita bertanding.

Jika nak popularkan nama Pas - Pas sudah popular.

Jika nak perjuangkan isu kelemahan kerajaan negeri - kita memerlukan tokoh pembongkar kelemahan pentadbiran BN NS.

Jika nak perjuangan isu sekitar Bagan Pinang - cukuplah sekadar anak Teluk Kemang sahaja.

Jika nak tonjolkan Pas ada tokoh politik yang profesional atau ulamak - kena cari tokoh yang betul-betul profesional atau ulamak.

Jika nak raih undi pos, calun bekas tentera boleh menarik undi lebih.

Yang tak kurang penting, calunnya akan memberi inspirasi dan motivasi kepada petugas akar umbi. Jika calun tak dapat sokongan semua pihak - payahlah kerja nak berjalan lancar.

Alahai, orang bawah boleh cakap aja. Presiden sahaja yang akan memutuskannya. Ikut dialah...





Thursday, September 17, 2009

ANAKANDA HJ ROSLI IDRIS MENINGGAL

Anak ketiga Tuan Hj Rosli Idris, Ketua Penerangan Pas Tampin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya petang semalam.

Jenazah Khairi bin Hj Rosli akan disolatkan pada jam 10 pagi ini di Masjid Tampin.

Kepada Hj Rosli kita ucapkan takziah dan mohon agar Alllah perkuatkan jiwanya dalam menerima takdir ini. Moga anaknya dicucuri rahmat Allah swt jua.

Wednesday, September 16, 2009

BAGAN PINANG: ISUNYA APA

Politik, isu dan pilihan raya berkait rapat. Macam-macam teori dalam gerak kerja pilihan raya. Bila kalah macam-macam analisa. Bila menang pun macam-macam analisa juga.

Tak ada satu faktor mutlak untuk memenangi hati manusia. Semua faktor kena diambil kira.

Baca di sini lagi.

CAF - consider all factor - ambil kira semua faktor. Jangan taksub satu pendapat.

ALAHAI BILA PRK..

Bagus juga ada PRK di Bagan Pinang ini. Baru kita tahu macam-macam cerita. Kalau tidak asyik cerita pantai yang indah sahaja.

Cerita projek rumah terbengkalai, perkhidmatan bas yang lemah, tentera yang tak terbela dan nasib sang miskin.

Dalam riuh pembangunan, masih banyak isu dasar yang belum diurus lagi. Ianya bukan cabaran kepada BN sahaja tetapi juga kepada PR yang akan mengambil alih kuasa negara.

Tuesday, September 15, 2009

FAKTOR PENENTU BAGAN PINANG

Dalam PRK Kuala Terengganu lalu, dengan undi pos sebanyak 1000 undi pun sudah merisaukan jentera pilihan raya PAS.

Tetapi diDun Bagan Pinang yang ada hampir 5,000 undi pos, jentera Pas nampak begitu optimistik sekali. Maajun apa yang dah dibekalkan kepada jentera Pas agaknya ya. Ha ha.

Jika Pas boleh kekalkan undi pos seperti dalam PRU lalu pun sudah dikira terlalu hebat.

Apakah Zaid Hamidi akan mendiamkan diri setelah malu di Permatang Pasir.

Atau SPR bersedia merombak cara pengundian pos dengan lebih telus lagi.

Dan adakah anggota tentera akan berani bersama arus politik negara membuat perubahan?

Tunggu 11 Oktober 2009.

Monday, September 14, 2009

SHAZIMAN TENGAH AMPU NAJIB

Yang bergaduh bakal melepas. Mat Hasan dan Isa tak merasa jawatan MB pada PRU akan datang.

Yang bakal merasa Shaziman.

Khairy entah ada entah tidak lagi dalam politik.

Politik Umno Tampin akan berombak - merebut kerusi DUN.

Ramainya alumni MB NS - Rais, Isa dan Mat Hasan

Saturday, September 12, 2009

MENCARI 40% UNDI MELAYU

PR mampu mengambil alih pemerintahan BN di Negeri Sembilan.

Formulanya mudah tetapi usahanya mencabar iaitu hanya dapatkan sokongan pengundi Melayu 40%.

Pengundi Cina dan India begitu konsisten menyokong PR sejak 7 PRK lalu. Hanya pengundi Melayu sahaja masih setia dengan Umno.

Yang kita perlu yakinkan ialah orang Melayu kena mengundi Pas jika mahu Islam Melayu menjadi peneraju kerajaan baru Malaysia pada PRK 13 nanti. Umno bukan pilihan lagi kerana barah dalam dirinya terlalu parah...

Bagan Pinang sebagai langkah mula. Masalahnya ialah undi pos.

Friday, September 11, 2009

TIADA MUKA LAIN SELAIN ISA KE?

Oleh Adly Zahari - TPJ Pas Melaka

  • PAS tak ada masalah letak calon di Bagan Pinang.
  • Brig.Jen. bersara pun ada yang sokong PAS di Negeri Sembilan.
  • PAS punya banyak pilihan. PJ Layak, YDP Layak, aktivis parti pun layak.
  • UMNO yang tak ada pilihan.
  • UMNO bahagian Telok Kemang hanya calonkan satu nama, Tan Sri Isa Samad.
  • Bagi saya beliau adalah calon terbaik UMNO.
  • Dalam UMNO susah cari orang yang berjasa kepada rakyat.
  • TS Isa Samad mungkin dilihat orang yang paling berjasa di Negeri Sembilan.
  • Mohamad Hassan yang baru dua penggal jadi MB pun tak nampak berjasa dan berpengaruh lagi.
  • Teluk Kemang adalah kawasan autonomi TS Isa Samad. Kalau UMNO pilih selain Isa Samad, maka UMNO macam kuburkan UMNO Teluk Kemang.
  • Tan Sri Isa biasa guna bahasa mudah, bahasa orang kampung. Mungkin kerana itu beliau dekat dengan rakyat.
  • Muhyiddin yang paling pening. Beliau minta 3 nama tapi UMNO Teluk Kemang hantar satu nama sahaja.
  • Mohamad Hasan tak mau campur. Beliau janji, apa yang dicadangkan bahagian itu yang diangkat ke Pusat.
  • Najib tak pening, sebab beliau tahu formula jinakkan TS Isa. Ada satu jawatan yang dari dulu dipohon TS Isa yang Najib tidak tunaikan.
  • Dalam UMNO kebanyakan calon buruk, TS Isa yang paling baik dikalangan yang buruk.
  • Hanya Veteran UMNO yang mungkin boleh kalahkan PAS. Yang muda-muda semua "kong ka li kong".
  • Bagan Pinang adalah "Tawar Menawar" antara Isa dan Najib.
  • TS Isa pasti akan tersenyum, walaupun tidak dapat menjadi calon, sekiranya Najib tunaikan permintaan beliau.
  • Inilah mainan politik UMNO. Bukan rakyat yang difikirkan tapi kuasa dan pengaruh.
  • Cuma yang menarik, apa akan jadi kalau TS Isa tak dapat jadi calon dan tawar menawar beliau tak ditunaikan Najib.
  • Mungkinkah TS Isa mengamuk.
  • Peluang PAS, memang sukar tapi tiada yang mustahil. Bila tiba masanya, undi pos ke atau undi tak pos ke, kalau rakyat dah benci UMNO, tunggulah ajalnya.

Thursday, September 10, 2009

MISI PRK BAGAN PINANG

Apa matlamat Pas bertanding di PRK Bagan Pinang kali ini?

Dengan undi pos sebanyak 5,000 undi - logiknya bukan mudah boleh menang.

Maka misi Pas menyertai PRK ini ialah:

  • Nak tau berapa peratus kenaikan atau penurunan sokongan pengundi biasa terhadap PR dan BN.
  • Sebagai medan kempen menghapuskan undi pos atau menggerakan kesedaran anggota keselamatan supaya berani membuat perubahan politik di negara ini.

Wednesday, September 9, 2009

JIKA ANAK ISA SAMAD

Hai, jika benar anak Isa Samad bakal mewakili BN di Bagan Pinang - dinasti Samad berkuasa di Port Dickson nampaknya. Dari datuk hingga ke cucu jadi Adun di sini.

Lepas Samad, Isa

Lepas Isa, Najib.

Ha ha ha.

Tapi janganlah kutuk sangat isu ini - ramai juga tokoh PR macam tu juga. Ha ha ha. Tekalah...

Tuesday, September 8, 2009

BANGKITLAH PEMUDA PAS SEREMBAN

Isu politik cukup banyak selepas PRU 12 yang memerlukan perhatian rakyat. Audien politik yang ramai ialah di bandar. Dalam kontek Pas, Pas Kawasan Seremban merupakan pencetus utama kepada kebangkitan kesedaran politik di negeri ini.

Program di bandar sentiasa menarik perhatian kawasan sekeliling dan kesannya akan melimpah sehingga ke pelusuk negara. Malangnya Pas Kawasan Seremban terbeku lebih 5 tahun. Maka tiada program rangsangan politik yang berkesan. Inilah yang amat dikesalkan, walaupun ada orang tak gembira perkara ini diingatkan selalu. Dan ada pula pak turutnya.

Dalam keadaan Pas Kawasan Seremban terbeku, peranannya sepatutnya diambil alih oleh Dewan Pemuda Pas Seremban. Apakah ini berlaku?

Bangkitlah Pemuda Pas Seremban.

PAS UMNO DI BULAN RAMADAN

Apa beza Pas dengan Umno pada bulan Ramadan?

Pas mengajak anggotanya memakmorkan Ramadan - solat tarawih berjemaah, majlis tadarus, iktikaf, ceramah nuzul quran dan badr, sumbangan fakir miskin - dengan menggunakan jentera sendiri.

Umno - jika buat program yang macam Pas buat tu - akan menggunakan jentera kerajaan. Jika tak ada Jabatan Penerangan, Kemas, dan Jabatan Agama - alamat tak jadilah programnya.

Ha ha ha.

Monday, September 7, 2009

ISA SAMAD CALUN BN?

Apakah Isa Samad akan jadi calun BN di PRK Bagan Pinang.

Jika beliau menjadi calun BN, maka banyaklah isu yang boleh dipestakan oleh PR. Ha ha ha.

Mat Hassan tengah pening nak hulur duit ke Bagan Pinang. Tetapi Isa tak perlu bantuan kewangan kerana duitnya masih berkampit lagi - baki duit kempen Naib Presiden masih ada lagi. Wooo.

Sunday, September 6, 2009

BERSIAP KE BAGAN PINANG

Setiap kali PRK di luar NS, Pas NS akan menghantar kontigennya. Kebanyakan yang bertugas ialah pemegang jawatan di kawasan. Anggota biasa jarang benar yang terlibat. Mengapa tak diketahui. Tak mampu atau tak diarah oleh pimpinan kawasankah?

Kali ini PRK dalam NS. Jika anggota biasa tidak dilibatkan sama - maknanya jentera Pas di PRK Bagan Pinang akan kekurangan tenaga. Setiap cawangan wajar menghantar tenaga kerja bergilir. Inilah masa terbaik untuk belajar dan meningkatkan skil kerja pilihan raya. Cakap banyak pun tak guna. Yang tak pergi tu hulurlah duit.

SELAMAT BERTUGAS.

Saturday, September 5, 2009

KES KUIL SHAH ALAM

Apa pun cara kes kuil di Shah Alam diselesaikan, kita kagum dengan keberanian pimpinan Pakatan Rakyat Selangor berjumpa, berhadapan dan berdailog dengan penduduk.

Ya, hadapi masalah dan selesaikan. Bukan menyimpan bertahun-tahun.

Bukan sapu masalah di bawah karpet dan melenting apabila dibongkar.

Faham tak oi.

Friday, September 4, 2009

ALAHAI PRK DI NS

Nasib PRK di Teluk Kemang.

Kalau kat Seremban - mana nak letak muka.

Pas Seremban masih tergantung dek diri sendiri.....

Gua caya PJ NS. Gua caya Dato Pa Ali. Gerenti settle sebelum 31 Disember 2009. Woooooo.

Jangan hendaknya "tarbiah-usrah-ukhwah -punah" . Patutlah Yam Tuan Bosar dari soborang...

Thursday, September 3, 2009

PEMBAHAGIAN TUGAS

Banyak kerja yang perlu dilakukan oleh parti atau jamaah untuk mencapai sesuatu matlamat. Pimpinan dengan restu dan persetujuan jamaah hendaklah menentukan sesuatu tugas kepada seseorang atau sesuatu kumpulan kecil untuk mereka merancang dan bertindak secara konsisten.

Kumpulan kecil yang konsisten melakukan sesuatu aktiviti akan membolehkan mereka mahir, kreatif dan boleh mengulangkaji keberkesanan program atau aktivitinya.

Malanglah bagi sesuatu organisasi jika organisasinya tidak empunya task force bagi mencapai matlamat organisasi. Dan teramat malang jika usrah hanya sekadar menjadi kumpulan pengajian sahaja tanpa ada agenda bertindak seperti yang diharapkan oleh almarhum Hassan al Banna.

Cukuplah sudah senario hadir mesyuarat hanya untuk menanyakan aktiviti apa orang lain buat, bukannya melapurkan apa aku buat...

Sunday, August 30, 2009

AL FATIHAH UNTUK DR NORFIZA

Dr Norfiza Isa, isteri kepada Saudara Alwi Lateh, aktivis Pas Senawang telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi di Hospital Pakar Seremban.

Allahyarhamah Dr Norfiza berasal dari Kg Ulu, Serting, Jempul.

Kita doakan rohnya dicucuri rahmat Allah subhanahu wataala.


Thursday, August 13, 2009

SEDAP DISEBUT

Berpuloh tahun pimpinan dan anggota Pas dalam suasana berusrah sebagai salah satu agenda bertarbiah. Bukan mudah melaksanakan amalan berjemaah, walaupun sedap disebut-sebut setiap kali berjumpa.

Sanggupkah kita mengamalkan amalan bermesyuarah, sanggup berbeza pendapat, amat menghormati pendapat orang bawah, tidak berpura-pura mentaati pemimpin, ikhlas jika tanpa jawatan, berkorban harta benda dan sentiasa mendahulukan kepentingan jamaah?

Fikir-fikirkanlah sebelum belajar menjadi kerajaan. Mengurus kerajaan terpaksa melayan 1001 kehendak dan perangai rakyat.

Jika organisasi lumpuh dek berbeza pendapat - itu bukan rahmat namanya.

Seremban oh Seremban...

Friday, August 7, 2009

GERAKAN MENYELURUH

Penerangan kena merata. Ceramah politik kena kerap. Gerak kerja kena fokus. Isu kena selalu dipanaskan.

Buat ceramah bukan untuk cari duit tetapi menyampai maklumat.

Negeri kena agihkan ceramah ke setiap kawasan.

Kawasan kena agihkan ceramah ke setiap Dun.

Dun kena agihkan ceramah ke setiap UPU.

Kesedaran yang menyeluruh asas perubahan politik. Jika semua tempat kuat, apa tektik musuh pun tak jalan!!!!

Orang NS kata jangan okap bila buat program. Ha ha.

Pastikan semua AJK Pas Pusat dipanggil ke kawasan anda. Jika jadi pemimpin malas ceramah - baik berhenti sahaja.

Wednesday, August 5, 2009

GANTUNG SAMPAI BILA

Pas Seremban tergantung, digantung atau menggantung diri?

Nak menggantung - senang. Nak settlekan - berzaman tak selesai.

Sampai sekarang tak settle lagi.

Salah siapa?

Jawapannya macam Bangau Oh Bangau....

Kalau ikhlas, bertarbiyah, berjiwa Islam, dan jika manusia - tontu boleh solosai.

SEMUA BERKEPENTINGAN JAHAT - FASAL TU TAK SOLOSAI-SOLOSAI.

Dengan bukan Islam - bukan main baik. Tetapi dengan geng sama parti - macam anjing dengan kucing.

Tuesday, July 28, 2009

JIKA UMNO NAK TUNJUK BAIK

Sebelum Umno cuba nak berbaik-baik dengan Pas, eloklah Umno:

  • Hapuskan Jabatan Pembangunan Persekutuan dan salurkan belanja pembangunan ke kerajaan negeri.
  • Beri royalti minyak ke Kelantan
  • Bubarkan DUN Perak

Monday, July 27, 2009

KEMPEN MANSUH ISA

CERAMAH KE ARAH HIMPUNAN 100 RIBU MANSUH ISA PADA 1 OGOS 2009.

Tarikh : 28 Julai 2009 (Selasa)


Masa : 9.00 malam

Tempat : Balairaya PAS Cawangan Kg Jerang, Simpang Durian, Jelebu

Penceramah :

YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)
Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua Angkatan Muda PKR)


Tarikh: 29hb Julai 2009, Rabu

Masa: 9.00 Malam

Tempat : Dataran Pejabat PAS Kawasan Kuala Pilah ( JPJ Lama Jalan Melang)

Penceramah :

1 .Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man -Naib Presiden PAS

2. Chegubard - Ahli MPT PKR

3. Ustaz Khairil Anuar Wafa - Ketua Pemuda PAS N.S

Friday, July 24, 2009

CERAMAH MANSUH ISA NS

CERAMAH KE ARAH HIMPUNAN 100 RIBU MANSUH ISA PADA 1 OGOS PERINGKAT NS

Tarikh: 26 Julai 2009, Ahad

Masa: 9 malam

Tempat: Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

Syed Ibrahim Syed Noh - Pengerusi Gerakan Mansuh ISA

YB Dato Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS

YB Dato Kamarul Baharin Abbas - Pengerusi PKR N.Sembilan



SEMUA DIJEMPUT HADIR

Thursday, July 23, 2009

FELDA MENINDAS PENEROKA

Oleh: Hj Suhaimi Said

Jikalaulah Tun Haji Abdul Razak Hussain masih hidup sebagai seorang Perdana Menteri yang sudah bersara, sudah tentulah beliau akan melelehkan air matanya kerana apa yang beliau impikan untuk peneroka-peneroka Felda tidak kecapaian.

Tujuan LKTP ditubuhkan pada tahun 1956 (setahun sebelum Merdeka) adalah untuk membasmi kemiskinan di luar bandar.

Dengan tanah kampong setengah ekar dan tanah ladang 10 ekar, setiap peneroka Felda sudah boleh menjadi petani modern yang bebas dari belenggu kemiskinan dan mereka sudah tentu boleh menjadi petani yang berjaya dan berdikari.

Memang hidup sebagai peneroka Felda mempunyai naik turunnya dan peneroka-peneroka awalan menghadapi cabaran yang sangat besar apabila disuatu ketika dahulu mereka hanya boleh membawa pulang pendapatan tidak melebihi RM30.00 sebulan dan sesetengahnya terpaksa menanggung pendapatan -RM0.00 pada hari "balance".

Keadaan itu sudah berubah. Harga sawit dan getah telah naik jauh lebih tinggi dari tahun-tahun 80-an. Dan peneroka-peneroka yang berjimat dan peneroka-peneroka yang mahu berdikari dan sanggup menanam semula secara bersendirian mendapat pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada peneroka-peneroka yang hanya mahu bergoyang kaki dan menyerahkan kepada Felda untuk melakukan tanam semula. Peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda itu dikenakan hutang baru dan hutang itu akan mencengkam mereka untuk sekurang-kurangnya 25 tahun lagi, dan dengan hutang-hutang sara hidup, maka peneroka-peneroka akan terus berhutang hinggalah mereka meninggal dunia dan hutang-hutang mereka akan dibebankan kepada anak cucu mereka.

Di peringkat awal, peneroka-peneroka akan ditetapkan pelbagai hutang termasuklah hutang memajukan tanah-tanah mereka dan hutang-hutang kerana tanah dan rumah yang didirikan diatas tanah kampong seluas setengah ekar itu.

Setelah berpuluh-puluh tahun mereka membayar hutang melalui potongan "paysheet" maka mereka bebas buat sementara dari hutang, dan bagi mereka yang telah berjaya menjelaskan hutang mereka, berjaya mendapatkan sauratan hakmilik tanah mereka dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Kumpulan besar dari peneroka-peneroka itu ingin berdikari, ingin bebas dari cengkaman hutang, ingin menempah kemajuan dan ingin memperolehi pendapatan yang lebih besar.

Bagi kumpulan itu, hajat mereka memang tercapai. Mereka memutuskan untuk menanam semula secara bersendirian, mereka pisahkan diri mereka dengan hutang baru dari Felda, mereka tidak mahu ladang mereka dibiayai oleh Felda Technoplant untuk tanaman semula.

Melalui spesifikasi dan pengalaman mereka sendiri, peneroka-peneroka yang menanam semula secara bersendirian, tidak menebang keseluruhan pohon-pohon sawit mereka, tetapi menebang peringkat demi peringkat. Pada mula mereka menanam semula itu, mereka hanya menebang (membunuh) pohon-pohon tua sebanyak 10% sahaja. Setelah setahun, mereka menebang sehingga 25%, dan apabila pohon-pohon yang ditanam semula itu sudah membesar ke tahun kedua, mereka menebang hinnga 50%, dan dikala itu pohon-pohon itu sudah mula mahu mengeluarkan buah, dan diketika itu akhirnya mereka menebang pohon tua hingga 100%.

Sewaktu pembesaran pohon-pohon yang ditanam, peneroka-peneroka masih boleh mempunyai pendapatan daripada pokok-pokok yang tua yang masih belum ditebang, dan kerana itu mereka tidak perlu mengambil hutang sara hidup dari Felda.

Bagaimanapun, tindakan peneroka-peneroka tersebut tidak diperkenankan oleh Felda. Felda mengenakan berbagai sekatan agar peneroka-peneroka itu tidak menanam sendiri. Felda tidak membenarkan peneroka-peneroka itu membeli anak benih sawit dari Felda dan disamping itu juga Felda tidak membenarkan peneroka-peneroka itu membeli baja dari Felda. Peneroka-peneroka itu dianak-tirikan oleh Felda.

Tetapi apabila peneroka-peneroka itu telah berjaya dan kebun sawit mereka mengeluarkan hasil, mereka tidak dibebankan dengan sebarang hutang. Pendapatan mereka tidak dipotong oleh Felda dan mereka menikmati pendapatan dari kebun mereka 100%, dan apabila dibandingkan pendapatan mereka dengan pendapatan yang diperolehi peneroka-peneroka yang menanam melalui Felda, mereka memperolehi pendapatan hampir sekali ganda lebih tinggi daripada peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda menyebabkan keadaan yang tidak seimbang dikalangan peneroka-peneroka.

Dengan peneroka-peneroka yang menanam secara bersendirian memperolehi pendapatan jauh lebih tinggi dari peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda dan dengan peneroka-peneroka itu bebas dari hutang dan hidup berdikari, menyebabkan Felda merasa tertekan dan mengambil tindakan-tindakan yang bertentangan dengan tujuan Felda ditubuhkan.

Mereka tidak mahu peneroka-peneroka hidup berdikari. Felda tidak mahu peneroka-peneroka Felda bebas dari hutang, dan mereka tidak mahu peneroka-peneroka boleh secara bebas menjualkan produk mereka.

Felda mengenakan syarat bahawa semua peneroka Felda menjualkan produk mereka hanya kepada Kilang Felda, dan semua lesen MPOB yang selama ini dikeluarkan kepada individu-individu peneroka atau koperasi-koperasi milik peneroka telah ditarik balik dan MPOB hanya dikhaskan kepada Kilang-Kilang Felda.

Bukan sahaja Felda mewajibkan jualan produk itu melalui Kilang Felda, bahkan disyaratkan secara wajib agar peneroka-peneroka itu mengambil "pay sheet" dari Felda untuk membolehkan pula Felda membuat potongan keatas pendapatan peneroka-peneroka tersebut.

Peringkat awal dahulu, Felda mengenakan potongan hingga 40% daripada pendapatan peneroka setiap kali hantaran produk dihantar kepada Kilang-Kilang Felda. Tetapi apabila protes demi protes dijalankan oleh peneroka-peneroka, Felda menurunkan potongan itu ke peringkat 20% sahaja.

Peneroka-peneroka yang berani mengajukan lapuran polis dan sprm dan mereka mendapati bahawa Felda mengembalikan semula potongan-potongan itu, dan ini menandakan bahawa Felda mengambil tindakan secara menyeleweng dan tidak terikat dengan mana-mana perjanjian diantara Felda dan Peneroka.

Lebih aneh lagi, Felda telah menghantar Notis kepada peneroka-peneroka yang menanam sendiri yang tidak mendapat sebarang bantuan dari Felda untuk mereka membayarkan beberapa jenis item hutang yang kononnya telah tertunggak. Tetapi apabila peneroka-peneroka itu membuat lapuran polis, maka dengan secara segeranya Felda menarik balik Notis-Notis itu.

Sikap Felda ini amatlah tidak beretika.

Lapuran terakhir mengatakan bahawa Felda sudah pun membuat arahan kepada peneroka-peneroka bahawa mereka tidak lagi dibenarkan menanam secara bersendirian dan mereka MESTI melakukan tanam semula melalui Felda.

Tun Razak pasti menangis mengetahui keadaan ini. Tun Razak pasti menangis kerana Felda mahu membebankan peneroka-peneroka Felda dengan hutang sepanjang zaman. Tun Razak pasti menangis kerana Felda tidak mengizinkan peneroka-peneroka hidup berdikari. Dan Tun Razak pasti menangis kerana Felda sudah menjadi badan konglomerat pertanian terbesar di dunia dengan keuntungan tahunan berbilion ringgit sedangkan peneroka-peneroka dibebankan dengan hutang yang tidak ada kesudahannya.


Wednesday, July 15, 2009

KE HIMPUNAN MANSUH ISA


Lipatkan usaha ke arah Perhimpunan Membantah ISA.

Jadikan ini agenda utama.

Semua kena ajak rakan sekeliling.

Inilah Akta yang memenjarakan pejuang kebenaran dengan zalim.

Ini perjuangan semua rakyat Malaysia.

1 Ogos jam 2 petang di mana - tunggu pengumuman selanjutnya.

Friday, October 31, 2008

MOHAMAD HASAN PERASAN

Beria-ia MB Negeri Sembilan minta Umno Bahagian jangan calunkan beliau bertanding Naib Presiden Umno. Alahai, betul-betul dia ni perasan. Tak ada Umno Bahagian yang nak calunkan Datuk ni jadi Naib Presiden Umno le. Kalau ada pun dari bahagian awak sendiri. Habis kuat dari Umno Bahagian dalam Negeri Sembilan fasal nak bodek MBnya. Ye le, kalau baru sehari dua dalam politik, kualiti pimpinan pun belum bertaraf nasional, jangan le dok perasan. Tak sama urus bisnes dengan urus politik wei. Tengok le si Amirsham yang jadi menteri di JPM tu, haru biru menjawab soalan di Parlimen. Bukan mudah bib.

Kalau Rais tu boleh le tahan sikit, memang ada bakat tapi malangnya duduk dalam Umno. Dia pun dah mula rasa macam mana Ghafar rasa dulu. Ha ha. Tenderlah oi.

Isa? Ini sorang lagi tak faham perangai Umno walaupun dah berdekad dalam Umno. Kalau tak ada jawatan menteri, jangan le dok berangan jawatan tinggi dalam Umno tu. Ish bertuah le kalau dapat cukup kuota pencalunan jawatan Naib Presiden tu. Habuan duit kempen dulu depa dah perabis dan lupakan wahai Datuk oi.


Tuesday, October 28, 2008

MP TAMPIN DITOLOLKAN




Sedih juga kami orang Tampin bila MP kami yang berstatus Timbalan Menteri ditololkan.

Tak sanggup kami mendengarkannya.

Bacalah kesahnya
di sini.


Tuesday, October 14, 2008

KESAHNYA UMNO TAMPIN

Kumpulan dalam Pas berbeza pendapat kerana kaedah berjuang untuk melaksankan cita-cita Islam di negara ini. Jika kita rajin membaca pelbagai blog aktivis Pas, pelbagai hujah dilontarkan dan menunjukan betapa prihatinnya pejuang Pas kepada Islam. Bagaimana pula dengan Umno? Betulkah mereka pejuang Melayu, kalaupun tidak berjuang Islam. Baca blog ini jika nak tahu betapa Umno memperjuangkan Melayu. Maaf jika anda tak jumpa betapa hebatnya mereka memperjuangkan bangsa. Ha ha ha. Tak caya ka?

Saturday, October 11, 2008

PERCUBAAN TERAKHIR ISA SAMAD

Isa Samad mengumumkan nak bertanding Naib Presiden Umno. Jika Isa Samad dapat cukup kuota pencalunan pun dah dikira hebat tu. Dalam Umno, jika seseorang itu boleh menang jawatan dalam parti dengan tanpa memegang jawatan menteri memanglah hebat. Setakat ini Marina Yusof dan Shahril Samad sahaja yang berjaya mencipta rekod itu.

Jika Isa Samad cukup kuota pencalunan dan menang jawatan Naib Presiden, masa depan politiknya masih ada lagi. Jika kalah, bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada politik. Kalau dapat jawatan pengerusi badan berkanun pun dah kira bertuah macam Rahim Tambi Chik.

YDP Pas Tampin, Ustaz Zakaria Khalim ketika mengulas hasrat Isa Samad nak bertanding Naib Presiden ini berkata " kok kono gantung kali keduo lak". Faham-faham ajalah.

Thursday, August 28, 2008

MAT HASAN GANGSTER

Petang kelmarin Mat Hasan MB, NS kata "pi mampuslah" ke Adun PR di dalam Dewan Undangan Negeri.

Memang layak dia dipanggil gangster.

Pertama, tidak menghormati ADUN pilihan rakyat.

Kedua, tidak beradab kepada manusia sebagai seorang Islam

Ketiga, tidak menghormati kemuliaan Dewan.

Keempat, tidak profesional untuk bertanggung jawab sebagai MB untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat melalui wakil rakyat.

Kelima, hilang jati diri sopan santun orang Melayu. Malu Rais Yatim yang kempen budi bahasa dahulu.

Friday, July 4, 2008

ISA SAMAD PENGERUSI FELDA?

Menurut Kudakepang, Tan Sri Isa Samad (TSIS) akan dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Yusof Noor. Jika ini benar, maknanya TSIS akan dipencenkan dari dunia politiknya.

Orang yang paling gembira jika ini berlaku, ialah Datuk Muhammad Hassan. Semua orang khususnya penjawat awam di Negeri Sembilan mengetahui bahawa saingan imej Muhammad Hassan ialah Isa Samad. Bila ada peluang berucap, hatta di majlis rasmi, Muhammad Hassan akan memperli dengan sinis Isa Samad. Dia boleh buat apa yang Isa tak boleh buat.

Wah, dengan jawatan baru ini, Isa Samad akan lebih kerap meronda seluruh Negeri Sembilan kerana separuh Negeri Sembilan ada skim Felda. Kroni Isa Samad sudah pasti memperolehi pelbagai projek di Felda.

Mari kita saksikan. Kalau kena gaya, Isa Samad boleh coming back ke persada politik NS. Dan paling pasti hubungan Isa-Muhammad akan lebih panas lagi.