Friday, March 23, 2012

Analisis Daim Cemaskan BN

Tun Daim ketika ditemubual oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 20 Mac lalu dilaporkan kedudukan BN tidak benar-benar selese dengan hanya kemenangan mudah di tiga negeri ,Johor ,Melaka dan Pahang dalam PRU 13 nanti.Analisis Tun Daim kali ini telah mencemaskan pemimpin ,ahli dan penyokong UMNO/BN seluruh negara memandangkan analisisnya pada PRU 12 dulu melihatkan kejatuhan BN di Pulau Pinang ,Kedah dan Selangor benar-benar menjadi kenyataan.Lebih mencemaskan ,jika kekalahan kali ini lebih teruk lagi dengan kehilangan kuasa diperingkat pusat.

Dulu kita saksikan bagaimana Dato Z rebah diserang sakit jantung lalu pergi meninggalkan kita.Dato’ Khir ,yang bermegah dengan anugerah penyapunya diseret ke mahkamah lalu didapati bersalah.Berapa ramai pemimpin ,ahli dan penyokong kehilangan peluang perniagaan gara-gara kehilangan kuasa di negeri tersebut.Kontraktor pasir di Selangor pun tak dapat nak curi pasir lagi apabila syarikat kerajaan negeri mengambilalih pengurusan pasir .

PR terus menghimpit UMNO/BN dengan pelbagai isu yang membuka mata rakyat tentang penyelewengan ,salahguna kuasa ,rasuah ,kelemahan pengurusan ,pembaziran ,pertambahan kejadiah jenayah dan sebagainya yang mempercepatkankan kejatuhan mereka.Isu –isu yang melibatkan PM seperti kes tangkapan khalwat di Port Dickson ,pembunuhan Altantuya oleh 2 orang anggota UTK yang menjadi pengawal peribadinya,komisyen pembelian kapal selam ,pembelian cincin 24 Juta , kos katering majlis pertunangan anak PM dan banyak lagi isu gagal memuaskan hati rakyat.Isu NFC belumpun selesai datang pula pendedahan Rafizi tentang perbelanjaan ketering majlis harijadi PM .Rafizi hanya perlu buktikan berlaku transaksi penbayaran kedua-dua jamuan tersebut datangnya dari cek kerajaan.

Khabar bertiup kencang tentang betapa pemimpin –peminpin yang bermasalah dan berisiko diadili rakyat sedang membuat persiapan bersama keluarga untuk keluar negara sebaik saja selesai mengundi nanti.Apa nak dihairankan ,mereka memiliki rumah ,harta dan perniagaan di luar negara.Harta yang terkumpul cukup untuk keperluan mereka untuk beberapa generasi lagi.Yang jadi masalahnya kepada ahli dan penyokong mereka yang tidak memiliki harta di dalam dan luar negara ,malah paspot antarabangsa pun tak ada. Masa masih belum terlambat.Peluang untuk mengamalkan politik yang sihat terbuka luas di Negara kita.Gunakan kebijaksannan dalam menjayakan demokrasi.Berkempenlah secara berhemah bersesuaian dengan budaya kita.Jika ada sesiapa terutama anak muda berniat nak guna budaya gangster berfikirlah banyak kali.Selama ini polis memberi perlindungan kepada kamu kerana ,kerana UMNO /BN minta melindungi kamu.Jangan ingat pihak polis tidak merekod segala kegiatan dan jenayah kamu.Percayalah ,jika UMNO /BN kehilangan kuasa , polis yang sama pasti tidak membela kamu lagi bahkan ia akan mendakwa kamu pula

Kepada para pemimpin masyarakat ,para peniaga ,kontraktor,para usahawan ,para dermawan , penjawat awam /swasta dan rakyat sekelian, ambillah peluang ini untuk mula membina hubungan dengan PR untuk masa depan Negara yang lebih cemerlang. Cukuplah dengan tohmahan ,fitnah ,prasangka ,kebencian dan penindasan terhadap kami selama ini.Berilah sokongan moral ,undi ,3M (man,money ,machine)sebagai alat untuk kami agar kemenangan PR tidak tertangguh lagi.Biarlah mereka yang korup lari ke luar Negara kerana tanpa mereka kita akan hidup lebih aman.

Wednesday, March 14, 2012

Ceramah Umun di Felda Sg Kelamah

CERAMAH UMUM

Tarikh :17 Hb Mac 2012

Masa : 9.00 malam

Tempat : No 125 ,Felda Sungai Kelamah ,Gemas ,Negeri Sembilan.

Penceramah:

1. YB Abdullah Sani (Ahli Parliman Kuala Langat)

2. YB Dato’ Kamarul Bahrin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)

3. YB Taufik Abd Ghani (ADUN Paroi/ P’Jaya PAS NS)

4. YB S. Veerapan (ADUN Repah)

Turut Berucap:

1.Zakaria Khalim ( YDP PAS Tampin)

2.Hj Baharudin Siri (Ketua PKR Cabang Tampin)

3.Hj Razakek Abd Rahim (Naib YDP PAS Tampin)

4.Dato’ Syawal Salim (AJK PKR Tampin)

Anjuran Pakatan Rakyat MTD DUN Gemas

Wednesday, March 7, 2012

Gemas ,pusat tsunami PRU 13

Dulu Gemas hanya dikenali ramai sebagai pertemuan landasan keretapi yang menghubungi laluan Ke KL.Johor Baru dan Pantai Timur .Kini bertambah terkenal kerana di sinilah letaknya ladang fidlot milik NFC yang dilaporkan Ketua Audit Negara sebagai bermasalah.

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat antara MTD PAS Gemas dan kepimpinan PKR Cabang Tampin untuk menyelaras kegiatan Pakatan Rakyat khusus di DUN Gemas.Kepimpinan PAS diketuai oleh Pengarah MTD Sdr Ishak Maasin,Timbalan Pengarah Hj Rais Basiron berserta ahli-ahli jawatankuasanya Ahmad Fadhli,Abd Halim ,Razali Ujang ,Yusuf Salam ,Osman Bahaudin dan Hamdan Latip,manakala PKR diketuai oleh Ketua Cabang Tampin Hj Baharudin Siri ,Pengarah Pilihanraya DUN Gemas Sdr Jefri Young serta 20 orang ahli jawatankuasanya.Turut hadir Dato’ Syawal Salim ,yang sedang dipromosikan sebagai bakal calun DUN Gemas dalam PRU 13 nanti.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MTD PAS Gemas Yusuf Salam berjaya membentuk jawatankuasa bersama yang diharapkan akan memantapkan lagi gerak kerja pilihanraya di Gemas.Insyaalah,dengan gerak kerja tersusun ,srategi berkesan dan calun yang disenangi pengundi tidak mustahil DUN Gemas boleh ditawan Pakatan Rakyat.Ayuh kita mulakan untuk realisasikan Gemas sebagai pusat tsunami politik menawan Negeri Sembilan dan Putrajaya dalam PRU 13 nanti.

Malaysia yang sejahtera tanpa BN


Selepas 54 tahun merdeka barulah rakyat merasa banyak manfaat selepas merudumnya sokongan rakyat terhadap BN dalam PRU 12 hingga hilang majoriti 2/3 dan hilang kekuasaan di 5 negeri.Antaranya adalah :

1.Peruntukan kebajikan bertambah dari RM 34 juta kepada RM 340 juta.

2.Bayaran bantuan persekolahan RM 100 setiap murid .

3.Bayaran bocer buku RM 200 setiap pelajar IPT

4.Bayaran BR1M RM 500 setiap keluarga berpendapatan isi keluarga kurang RM 3000 sebulan.

5.Cadang pemansuhan bayaran tol plaza Batu 3 dan Sungai Rasau.

Rakyat sedar semuanya dilakukan kerana tekanan untuk mendapat kembali sokongan rakyat dalam PRU 13 nanti.Namun,rakyat juga sedar pemimpin BN tetap tidak insaf dengan terus bergelumang dengan rasuah ,salahguna kuasa ,pembolotan harta negara ,pembaziran dan sebagainya. Terbaru ,pada 1 Mac 2012 yang lalu ,Ahli Parlimen Sabak Bernam didapati bersalah atas 8 tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM 80 000.

Rakyat di semua peringkat tiada pilihan melainkan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti walaupun terpaksa menumbangkan kerajaan BN supaya kehidupan rakyat dan pengurusan ekonomi negara bertambah baik.Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana kuasa sebenar masih di tangan rakyat .Rakyat berkuasa memastikan semua tuntutan dan kemudahan dapat dipenuhi ,malah nasib kerajaan baru pun masih ditentukan rakyat jika mereka pun melakukan penyelewengan.

Yang susah hanyalah segelintir pemimpin BN yang korup .Mereka memang wajar diadili atas kesalahan yang mereka telah lakukan.Kes-kes berfofail tinggi seperti pembunuhan Altantuya,rasuah pembelian Scorpone ,NFC,PKFZ dan banyak lagi kes lain akan dapat diadili apabila kekuasaan mereka terlepas .Mereka telah membuat persediaan untuk tinggal di luar negara.Rumah ,wang dan harta mereka berselerakan serata dunia membolehkan mereka hidup mewah untuk beberapa generasi lagi. Rakyat tidak wajar mendegar rayuan mereka lagi kerana tempoh 54 tahun yang diberi masih tidak menginsafkan mereka.

Tuesday, March 6, 2012

25 MAC MOHAMAD SABU DI TAMPIN

Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah dan dailog pada Ahad, 25 hb Mac 2012 di Batu 1 1/4, Jalan Repah, Tampin, NS, jam 9 malam.

Semua dijemput hadir.